Sempena acara MSIology Ahead of the Curve, MSI telah mengumumkan siri laptop Titan GT Series, Raider GE HX Series, dan CreatorPro terkini di mana masing-masing dilengkapi dengan pemproses siri Intel® HX 12 gen terkini, GPU hingga NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti, dan solusi penyejukan eksklusif MSI, yang meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi.
Berikut adalah ringkasan bagi produk baru:
MSI Titan GT77

Reka bentuk MSI Titan GT77 diilhamkan oleh kereta lumba dengan penambahan cahaya Mystic Light yang menarik. Bagi aspek prestasi, Titan GT77 adalah antara laptop paling hebat dalam pasaran. Dengan CPU 12th Gen i9 HX, yang meningkatkan semua 16 core secara keseluruhan, Titan GT77 menyediakan prestasi peringkat desktop.
Bersama dengan grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan teknologi OverBoost eksklusif MSI, Titan GT77 akan membuka kuasa penuh GPU dan CPU tanpa sebarang masalah. MSI juga mengumumkan bahawa ia boleh -pada masa yang sama-menyampaikan kuasa daripada kedua-dua CPU dan GPU kepada jumlah sebanyak 250 watt di bawah beban penuh.
Untuk menawarkan prestasi tanpa had sambil kelihatan bergaya, Titan GT77 mempunyai solusi penyejukan baru dengan 4 kipas dan 7 heat pipe. Ia juga dilengkapi dengan switch Cherry MX dan keyboard mekanikal SteelSeries, yang semuanya dibungkus dalam casis 23mm.
MSI Raider GE77 / GE67 HX
Raider GE HX datang dalam warna Titanium Dark Grey dan logo MSI yang diukirkan oleh laser di bahagian atas. Dari segi prestasi, Raider GE dilengkapi dengan siri HX terkini, GPU NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti dan teknologi OverBoost. Ia juga boleh capai prestasi maksimum 250W semasa kuasa penuh.
Seterusnya, Raider GE67HX adalah laptop pertama di dunia yang membawakan paparan OLED dengan refresh rate setinggi 240Hz serta response time kurang daripada 0.2. Selain menyokong gamut warna 100% DCI-P3, laptop ini diperakui dengan DisplayHDR 600 True Black, yang memberi visual premium kepada para gamer.
Ia dilengkapi dengan kapasiti bateri 99.9 Whr yang besar, ciri Killer Wi-Fi 6E, dan MSI AI Engine.
MSI Vector GP66/GP76 HX
MSI Vector GP66 HX dan GP76 HX datang dalam reka bentuk baru pada tahun ini, yang memaparkan skema warna hitam dengan logo naga ukiran laser di panel belakang. Siri Vector GP HX membawa pemproses Intel 12th Gen Alder Lake HX dan grafik kad Nvidia RTX 30 Series terkini untuk prestasi maksimum dalam semua senario, sama ada gaming atau content creation.
Siri Vector GP HX menawarkan pilihan antara panel QHD 240 Hz dan 4K 120 Hz dan supaya semua jalan lancar, ia dilengkapi dengan teknologi Cooler Boost 5 dan OverBoost MSI yang memastikan sistem dapat menyalurkan kuasa 250 W secara konsisten daripada kedua-dua CPU dan GPU pada setiap masa dalam Vector GP76 HX (220 W untuk Vector GP66 HX ).
CreatorPro X17

MSI menjenamakan semula siri Workstation kepada siri CreatorPro dan mempersembahkan CreatorPro X17 dengan CPU i9 HX gen ke-12 dan GPU NVIDIA RTX A5500.
Untuk menjadi pilihan terbaik bagi content creator, siri CreatorPro diperakui oleh lebih 90% daripada ISV, dan menampilkan teknologi MSI True Pixel, yang memeriksa dan menentukur setiap bahagian panel untuk memastikan standard yang tinggi. Di samping itu, MSI mengumumkan bahawa pengguna boleh melihat sendiri hasil penentukuran panel dengan sijil digital yang disahkan oleh Calman.
Untuk lebih banyak info tentang produk-produk di atas dan bagaimana untuk beli, korang boleh layari laman web rasmi MSI di sini.

@gamersantaimy
Discussion about this post