Acara COMPUTEX 2022 sudah pun bermula dan hari ini MSI telah mempamerkan barisan produknya 2022 termasuk laptop, desktop, monitor, GPU & banyak lagi kepada orang ramai. Dibuat untuk para gamer dan content creator, barisan produk ini menampilkan prestasi tanpa kompromi dan kelancaran tanpa had. Apa yang bakal MSI keluarkan untuk 2022? Mari kita lihat!
Laptop gaming Titan GT77

Merupakan pemenang kepada 2022 COMPUTEX Best Choice Golden/Red Dot Award, Titan GT77 adalah pengganti desktop gaming yang benar-benar menepati maksud namanya dan menjanjikan tahap prestasi seterusnya, solusi penyejukan bagus serta ciri-ciri yang menakjubkan.
Lebih banyak info akan didedahkan semasa acara MSIology: Ahead of the Curve.
Desktop gaming MAG Trident S 5M

MAG Trident S 5M ialah desktop khusus untuk cloud dan mobile gaming. Apa yang para gamer perlu lakukan ialah mengaktifkan MSI APP Player melalui perisian Game Stadium, bersama dengan XBOX GAME PASS ULTIMATE percuma selama 30 hari, anda sudah bersedia untuk menikmati game kegemaran.
MAG Trident S 5M dilengkapi dengan APU AMD Ryzen 7 dan teknologi Super Resolution FidelityFX, yang boleh meningkatkan bilangan frame rate sebanyak 2.4 kali manakala motherboard dilengkapi dengan 2 set slot SSD PCIe Gen 3 dan slot hard drive 2.5 inci.
Monitor gaming MEG 342C QD-OLED (curved)
MSI MEG 342C QD-OLED mempunyai paparan UWQHD (3440 x 1440) dan sangat sesuai dengan kebanyakan game dengan kelengkungan 1800R. Dengan panel OLED, ia menyokong teknologi MSI True Color dan Premium Color Mode. Warnanya lebih tepat iaitu sehingga 99.3% DCI-P3, 97.8% Adobe RGB dan 139.1% sRGB untuk pengalaman gaming yang realistik dan hiburan harian. Bersama response time serendah GtG 0.1 ms dan refresh rate 175 Hz, kita sentiasa mempunyai kelebihan ke atas persaingan.
Selain pemproses dalaman yang boleh dikawal jauh oleh telefon pintar, monitor ini mempunyai teknologi Sound Tune AI noise canceling, Smart, PBP/PIP, penukaran profil dan fungsi KVM melalui aplikasi Gaming OSD.
Siri monitor Modern MD272

Sebagai pemenang untuk 2022 Best Choice Award dan 2021 Red Dot Design Award Winner, siri MD272 Moden membawa penjagaan mata & persekitaran ergonomik untuk semua pengguna. Dengan teknologi Less Blue Light PRO dan Anti-flicker, monitor ini melindungi mata anda sambil mengekalkan warna yang terang.
Dengan reka bentuk mesra pengguna seperti standboleh laras 4 hala,, paparan Type-C & penghantaran kuasa 65W, dua pembesar suara dan aplikasi Productivity Intelligence (P.I.) yang menyokong suis KVM, siri Modern MD272 telah diiktiraf secara positif di seluruh dunia.
Modern AM242 & PC All-in-One AM272

Menampilkan perisian MSI Cloud Center, Modern AM242 dan PC AIO AM272 menawarkan private cloud kepada pengguna dan membantu backup fail antara peranti Android dan IOS. Hanya satu klik dan MSI Cloud Center akan backup semua foto dan video anda secara automatik ke ruang yang ditetapkan dalam persekitaran internet yang selamat.
Spesifikasi lain termasuk teknologi penjagaan mata, kamera web FHD dalam dan stand ergonomik dengan panel IPS untuk pengalaman tontonan yang dipertingkatkan.
Kad grafik GeForce RTXTM 3090 Ti SUPRIM X 24G

Berdasarkan GeForce RTXTM 3090 Ti, kad grafik SUPRIM direka untuk prestasi, dan kecekapan. Disejukkan dengan sistem MSI TRI FROZR 2S, haba dilesapkan secara berkesan daripada komponen kritikal dengan TORX FAN 4.0, sehingga 8 Core Pipe, sirip Airflow Control dan plat asas tembaga.
Kad grafik GeForce RTX™ 3090 Ti Gaming X TRIO 24G

Merupakan versi terbaru untuk siri MSI GAMING yang mengutamakan prestasi, dan kecekapan bunyi rendah. Bersama sistem penyejukan TRI FROZR 2, ia mampu mengawal penggunaan kuasa GeForce RTXTM 3090 Ti yang tinggi. Selain itu, reka bentuk TORX Fan 4.0 dengan sepasang bilah kipas memfokuskan aliran udara ke dalam TRI FROZR 2.
Keyboard gaming VIGOR GK71 SONIC

VIGOR GK71 SONIC ialah keyboard berfokuskan esports, dengan suis mekanikal linear paling ringan di dunia iaitu MSI SONIC RED, yang dibangunkan bersama oleh MSI dan Kailh. Suis ini menawarkan tindak balas yang lancar dan serta-merta, sekali gus membantu keletihan jari, membawa lebih keselesaan dan meningkatkan postur ergonomik anda semasa sesi gaming.
SSD SPATIUM M480 PCIe 4.0 NVMe M.2 2TB PLAY

Dilengkapi dengan memori 3D NAND dan teknologi PCIe 4.0, SPATIUM M480 2TB PLAY SSD mampu menyampaikan kelajuan baca sehingga 7000MB/s. Bersama dua heatsink aluminium, ia menjadikannya pasangan yang bagus untuk menyimpan game PS5.
Router gaming tri-band RadiX AXE6600 WiFi 6E

Router gaming tri-band RadiX AXE6600 WiFi 6E menggunakan teknologi WiFi terkini untuk mengendalikan pelbagai peranti WiFi intensif lebar jalur dalam pelbagai persekitaran rumah. 7 saluran berkelajuan tinggi pada jalur frekuensi gangguan rendah memastikan prestasi rangkaian yang luar biasa dengan lantensi rendah untuk semua peranti yang disambungkan termasuk hiburan rumah AR/VR generasi seterusnya.
Motherboard MAG B660M MORTAR MAX WIFI DDR4

MAG B660M MORTAR MAX WIFI DDR4 ialah ahli terbaru dalam siri MAG 600. Motherboard ini menampilkan enjin OC dan Sistem Kuasa Duet Rail VRM 12 + 2 untuk meningkatkan prestasi sebenar pemproses 12th Gen. MAG B660M MORTAR MAX WIFI DDR4 mempunyai pelbagai ciri menarik termasuk M.2 Shield Frozr, 2.5 G LAN, Wi-Fi 6E, dan USB 3.2 Gen 2×2 Type-C.
Itulah antara produk yang diumumkan oleh MSI untuk tahun 2022. Untuk segala liputan kami tentang MSI, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post