Syarikat teknologi terkenal MSI, telah bekerjasama dengan jenama esports EVANGELION e: PROJECT (EVA e:PROJECT) untuk memberi peluang kepada para gamer dan peminat anime membina PC gaming bertemakan unit Evangelion-01 (juga dikenali sebagai Eva-01 Test Type). Secara ringkas, gabungan warna ungu dan hijau klasik akan dikenakan ke atas empat produk iaitu motherboard, AIO liquid cooler, power supply, dan PC case.

Berikut adalah gambar dan butiran yang lebih mendalam untuk setiap produk:
Motherboard: MAG B660 TOMAHAWK EVA e-PROJECT

Bahagian extended heatsink menampilkan teks EVA-01 Test Type manakala cipset heatsink mempamerkan logo ‘NERV’ terkenal. Korang juga dapat melihat font rasmi EVANGELION di sekitar motherboard. MSI Mystic Light juga menawarkan kesan pencahayaan EVA eksklusif untuk lebih menyerlah, lantas membenarkan kita sync semua RGB dengan hanya satu klik untuk mempamerkan warna EVANGELION yang cantik.
All-In-One (AIO) Liquid Cooler: MAG CORELIQUID C240 EVA e-PROJECT

Water block dalam cooler menggabungkan pencahayaan ARGB yang cantik dan highlight berwarna ungu untuk menonjolkan imej EVA-01 Test Type. Tambahan pula, water block juga menonjolkan logo NERV.
Power Supply: MAG A650BN EVA e-PROJECT

Unit Bekalan Kuasa (PSU) MAG A650BN EVA e:PROJECT sedia untuk memberi kuasa kepada PC gaming dengan memberikan kestabilan dan kecekapan kuasa yang sangat baik. Ia menggabungkan warna biasa EVA-01 TEST TYPE ke dalam penutup luar dan
jeriji kipas di bahagian bekalan kuasa.
PC Case: MPG GUNGNIR 110R EVA e-PROJECT

Akhir sekali adalah casing MPG GUNGNIR 110R EVA e-PROJECT. Skema warna ungu dan hijau melengkapi reka bentuknya yang anggun lalu mengubahnya menjadi EVA-01 TEST TYPE. Side panel kaca mempunyai font rasmi Evangelion, manakala panel di sisi lain mempamerkan ilustrasi EVA-01 TEST TYPE.
MSI akan melancarkan komponen PC Gaming EVANGELION e:PROJECT secara rasmi pada bulan Mei 2022. Untuk info lanjut tentang projek ini, sila layari laman kempen di SINI. Untuk segala liputan kami tentang teknologi berkaitan desktop, sila tekan sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post