Sebagai salah satu game paling popular di dunia, Monster Hunter Rise terus menggembirakan hati peminat dengan DLC berbayar Sunbreak pada awal bulan lepas. Hari ini, Capcom telah mengadakan Acara Digital pertama untuk Monster Hunter Rise: Sunbreak, di mana mereka merancang untuk mendedahkan raksasa dan event baharu yang termasuk dalam Title Update 1.
Jika korang livestream itu, jangan risau! Berikut adalah info lengkap untuk MH Rise: Sunbreak – Title Update 1!

Monster baru

Selepas mencapai Master Rank 10, para Hunter boleh menghadapi empat Monster baharu iaitu: Lucent Nargacuga, Seething Bazelgeuse, Gold Rathalos dan Silver Rathian.
Lucent Nargacuga, yang pertama kali dilihat dalam Monster Hunter 3 Ultimate, boleh ditemui di kawasan baharu bernama Forlorn Arena, dan mempunyai skil “menghilangkan diri” seperti Chameleos. Seething Bazelgeuse pula mempunyai sisik meletup, lantas menjadikannya lebih berbahaya daripada varian originalnya.
Anomaly Quest

Selepas capai Master Rank 10, pemain boleh mencuba Anomaly Quest. Qurio yang mempunyai hubungan simbiotik dengan Malzeno telah menjejaskan raksasa lain, dan turut membuat masing-masing menjadi “gila” dan “mengganas”. Bahan yang diperoleh daripada Anomaly Quest boleh digunakan untuk upgrade senjata menjadi lebih kuat.
Pada masa yang sama, sistem Anomaly Investigation adalah tambahan baharu, dan mempunyai level yang ditetapkan. Apabila level meningkat, Monster menjadi lebih kuat, dan ganjaran menjadi lebih banyak. Bahan khas untuk upgrade juga tersedia secara eksklusif dalam quest ini.

Bukan itu sahaja, malah ganjaran ini boleh digunakan untuk upgrade statistik khusus untuk peralatan dan senjata anda, lalu menjadikan peralatan lebih dinamik dan mencerminkan gaya permainan anda. Had level, ganjaran bagi quest dan Monster yang tersedia akan meningkat dengan setiap kemas kini baharu.
Event Quest secara mingguan

Quest baharu ini menawarkan ciri kosmetik dan komunikasi baharu, dan akan bermula pada 18 Ogos. Event Quest baru akan dirancang untuk setiap minggu, untuk menawarkan lagi banyak kandungan bagi pemain yang suka memburu.
Di samping itu, quest lebih sukar yang dipanggil Dual Threats turut ditambah, dan menampilkan dua Monster hebat seperti Gold Rathalos dan Silver Rathian.

DLC baru
DLC baharu akan datang tidak lama lagi ke game, dalam bentuk barangan kosmetik, muzik latar belakang, suara Hunter dan banyak lagi. Pemain boleh membeli Fiorayne layered armor set, termasuk pilihan suara.
Monster Hunter Rise: Sunbreak – Title Update 1 akan dikeluarkan esok, pada 10 Ogos 2022 dan boleh dimain khas untuk Nintendo Switch dan PC Steam.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Monster Hunter Rise, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post