Monster Hunter Rise: Sunbreak, DLC besar-besaran Monster Hunter Rise yang akan dilepaskan pada musim panas 2022, telah mengeluarkan trailer terbaru! Anda boleh dapatkan gambaran mengenai monster terbaru – Lunagaron, watak baru dan pangkalan baru melalui trailer tersebut. Anda boleh melihatnya dibawah:
Monster terbaru – Lunagaron dan pangkalan baru- Elgado
Wyvern bertaring ini baru sahaja diperkenalkan dalam Monster Hunter Rise: Sunbreak. Anda boleh melihat reka bentuk Lunagaron dibawah. Nampak seperti agak mencabar untuk berlawannya selepas ini.

Selain itu, seorang watak baru telah diperkenalkan dalam trailer terbaru. Watak tersebut telah menyelamatkan pemburu daripada serangan raksasa. Pangkalan baru yang bernama Elgado juga membuat penampilan dalam trailer tersebut.

3 Amiibo baru untuk didapatkan!
Game ini juga akan melepaskan 3 amiibo terbaru iaitu Malzeno, Palamute dalam “Canyne Malzone X” dan Palico dalam “Felyne Malzeno X”. Setiap amiibo akan membuka perisai berlapis khas apabila digunakan dalam versi Nintendo Switch permainan. Jadi, jangan lupa untuk dapatkannya!
Maklumat tambahan mengenai Monster Hunter Rise: Sunbreak akan dilepaskan akan datang. Nampaknya, kita kena bersabar untuk mendapat lebih info mengenai kemas kini yang dikatakan “besar-besaran” ini. Sudah tentu akan ada lebih banyak monster dan watak baru yang akan diperkenalkan. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat dan ikuti perkembangan lanjut Monster Hunter Rise.
Untuk liputan lain mengenai game ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post