Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Rise: Sunbreak – Cara pantas untuk naik Master Rank!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 5, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Panduan, PC, Steam
0 0
0
Monster Hunter Rise: Sunbreak – Cara pantas untuk naik Master Rank!
Share on FacebookShare on Twitter

Master Rank (MR) ialah tambahan terbaru dalam Monster Hunter Rise: Sunbreak yang membolehkan pemain memburu monster lebih mencabar. Ini adalah perkara yang bagus memandangkan ramai sudah menamatkan base game, namun adakah ia mudah untuk selesai? Ada jawab ya, ada jawab tidak. Bagi mereka yang menghadapi kesukaran, saya telah menyediakan panduan untuk “cara-cara meningkatkan Master Rank dengan pantas” dalam Sunbreak, serta penjelasan tentang bagaimana untuk unlock setiap MR.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi-isinya.

Hanya ada satu cara untuk naik Master Rank – pergi memburu!

Meningkatkan level MR sebenarnya sangat mudah, kita hanya perlu pergi memburu sahaja. Bunuh beberapa monster sehingga korang unlock Urgent Quest yang mengharuskan kita untuk “pergi memburu monster tertentu di lokasi tertentu.”

Walaupun memburu mana-mana Monster akan memberi XP Master Rank, tetapi quest tertentu memberi lebih banyak ganjaran, yang bermaksud kita dapat meningkatkan MR dengan lebih pantas. Untuk mereka yang ingin nampak hasil dalam tempoh masa paling minimum, si sini lah korang boleh memakai panduan ini. Kami akan ajar cara paling spesifik dan laju untuk meningkatkan MR.

Lakukan Quest spesifik: Unbridled Mayhem

Selalunya kalau quest itu mempunyai banyak monster (tiga atau lebih), itu sudah cukup untuk memberi banyak zenny dan HR/MR point. Tetapi sekiranya matlamat kita adalah untuk naik MR dengan pantas, kita kena faktorkan masa untuk tahu Quest mana yang efisien untuk dibuat.

Unbridled Mayhem adalah quest 6★ MR di mana korang harus bertarung dalam Arena dengan 4 monster iaitu Tigrex, Gore Magala, Astalos dan Magnamalo. Ganjaran duit (reward money) yang diberi adalah 101520z. Quest ni terletak dalam Arena jadi korang tak perlu nak jalan jauh-jauh ke kawasan lain-lain andai kata monster itu bergerak. 

Dalam quest ini, korang akan bermula dengan melawan Tigrex sahaja dan setiap 2 minit, monster baru akan masuk mengikut urutan Tigrex, Gore Magala, Astalos dan Magnamalo. Dalam party berempat (bersama kawan-kawan), korang boleh siapkan quest ini dalam tempoh masa 10-15 minit. Tempoh masa ini boleh dikurangkan lagi sekiranya korang memakai item yang sesuai.

Unbridled Mayhem akan menaikkan MR sebanyak 1 ½ bar. Sebagai contoh: sekiranya korang MR20, misi ini mampu menaikkan korang ke MR21 dan separuh jalan ke MR22.

Akan ada soft cap di MR tertentu – cara untuk unlock

Seperti yang korang dapat baca dari sub-tajuk, level MR akan dikenakan soft cap pada tahap tertentu. Nasib baik lah untuk membuang soft cap ini tidak rumit, dan hanya memerlukan kita membunuh monster. Berita buruk adalah monster-monster ini semua hebat-hebat belaka. Buat sesiapa yang tidak bersiap sedia, korang dengan mudah boleh kalah.

*AMARAN! SPOILER DI BAWAH*

Saya tidak akan menceritakan cara-cara untuk mengalahkan setiap monster dalam artikel ini, tetapi saya telah menyediakan senarai untuk level MR dan monster apa yang kita perlu kalahkan.

  • MR10: Afflicted Arzuros
  • MR20: Wind Serpent Ibushi
  • MR30: Narwa the Allmother
  • MR50: Furious Rajang
  • MR70: Crimson Glow Valstrax
  • MR100: Scorned Magnamalo

Semoga panduan di atas dapat bantu korang semua naikkan level MR dengan lebih cepat dalam Monster Hunter Rise: Sunbreak! Untuk membaca segala liputan kami tentang MH Rise, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Master RankMonster Hunter Rise: SunbreakPanduan
Previous Post

MAPPA janji tidak akan sensor anime Chainsaw Man, pasti brutal seperti manga

Next Post

One Piece Odyssey – Info lanjut tentang sistem combat termasuk mekanik dan ciri-ciri

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
One Piece Odyssey – Info lanjut tentang sistem combat termasuk mekanik dan ciri-ciri

One Piece Odyssey - Info lanjut tentang sistem combat termasuk mekanik dan ciri-ciri

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd