Pengembangan terbesar untuk Monster Hunter Rise akhirnya akan tiba ke konsol PlayStation dan Xbox tidak lama lagi. Semasa livestream Capcom Spotlight, Monster Hunter Rise: Sunbreak diumumkan akan hadir ke PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One pada 28 April ini. Anda yang sudah lama menantikan pengembangan ini, bolehlah pre-order sekarang!
Anda akan terus mendapat kandungan Sunbreak sehingga Title Update 3 selepas ia dilancarkan nanti. Terdapat kandungan tambahan lain yang anda boleh dapatkan nanti jika anda pre-order pengembangan ini. Berikut adalah item bonus tersebut:
- “Loyal Dog Costume” Palamute Layered Armor Set
- “Striped Cat Costume” Palico Layered Armor Set

Jika anda membeli Deluxe Edition Monster Hunter Rise Sunbreak, anda akan mendapat item seperti berikut:
- Salinan game Sunbreak
- Dragonbane set
- C Hound set
- F Devout set
- “Take Aim” gestures
- “Fight Pose” pose set
- “Elegant Eye” makeup
- “Fluffy Curls” hairstyle

Bukan setakat itu sahaja, akan ada satu Digital Event yang akan diadakan pada April nanti. Ada kemungkinan besar lebih banyak maklumat akan diumumkan untuk Title Update 5.
Bagi mereka yang belum membeli tetapi berminat untuk cuba, anda boleh download demo percuma Monster Hunter Rise: Sunbreak di Switch dan Steam yang membolehkan pemain berhadapan dengan beberapa raksasa unik, termasuk quest yang mengharuskan kita membunuh monster flagship dalam expansion iaitu Malzeno.

Monster Hunter Rise adalah permainan Monster Hunter terbaru dan memperkenalkan beberapa mekanik, gameplay dan monster baru. Walaupun ia mempunyai pengalaman bermain Monster Hunter yang lama, kemajuan dan peningkatan kualiti permainan menjadikannya salah satu siri terbaik dalam francais Monster Hunter. Untuk maklumat lebih lanjut untuk DLC terbaru ini, anda boleh lawati laman web rasmi Monster Hunter.
Untuk dapatkan maklumat lain mengenai Title Update Sunbreak dan lain-lain, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post