Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Outlanders Rasmi Diumumkan, Direka Untuk Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2024
in Action, Artikel, Berita, Mobile, Open World, RPG
0 0
0
Monster Hunter Outlanders Rasmi Diumumkan, Direka Untuk Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Para peminat siri Monster Hunter bakal menikmati pengalaman baru dengan pelancaran Monster Hunter Outlanders, sebuah game mobile baru dan bercita-cita tinggi yang berlatarkan dunia ikonik Monster Hunter.

Dibangunkan oleh Capcom dan TiMi Studio Group, pasukan di sebalik Call of Duty Mobile, Pokémon Unite, dan Honor of Kings, Monster Hunter Outlanders menjanjikan pengalaman memburu raksasa dalam dunia luas yang boleh dinikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja, bersama rakan-rakan.

Monster Hunter Outlanders memperkenalkan pendekatan baru kepada formula Monster Hunter, menjadikannya entri “lengkap” dalam siri ini yang direka khas untuk permainan mudah alih.

Menurut pembangun, game ini akan menawarkan pemburuan ‘multiplayer’, membolehkan rakan-rakan berkumpul secara masa nyata untuk meneroka, merancang strategi, dan bertempur dengan raksasa ikonik.

Game ini juga akan menampilkan pembelian dalam aplikasi, namun pengalaman terasnya adalah ‘free-to-play’, menjadikannya dapat diakses oleh semua pemain.

Kredit: TiMi Studio

Berdasarkan trailer awal, para pemain akan menemui raksasa terkenal seperti Anjanath dan Great Jagras, berkeliaran di pelbagai biom seperti hutan, gurun, dan pergunungan yang menggambarkan persekitaran berbahaya yang dikenali dalam siri ini.

Salah satu ciri baharu yang paling menarik adalah penambahan glider, membolehkan pemain terbang dan meluncur di antara kawasan dengan lancar; serta dilancarkan dari ballista ke kawasan pilihan.

Kredit: TiMi Studio

Walaupun TiMi belum mengumumkan senjata yang akan tersedia dalam game ini, kami dapat melihat beberapa watak menggunakan Dual Sword, Long Sword, dan Bow. Selain Palico, ada kemungkinan kita akan ditemani oleh teman monyet yang comel dalam pengembaraan.

Walaupun hanya game mobile, Monster Hunter Outlanders menonjol dengan grafik yang mengagumkan dan dunia terbuka yang direalisasikan sepenuhnya.

TiMi Studio Group juga menjanjikan acara dunia dan aktiviti berkala yang akan membuatkan game terasa dinamik dan sentiasa berkembang, walaupun selepas pelancarannya.

Kredit: TiMi Studio

Walaupun Monster Hunter Outlanders belum mempunyai tarikh pelancaran rasmi, TiMi Studio Group telah mengesahkan rancangan untuk beberapa ujian bagi mengumpul maklum balas pemain dan mengoptimumkan gameplay.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Monster Hunter Outlanders
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Diablo Immortal x World of Warcraft: Eternal War – Perang Antara Dua Alam!

Next Post

Stellar Blade Bakal Dikeluarkan Di PC Pada 2025, Menurut Shift Up

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Stellar Blade Bakal Dikeluarkan Di PC Pada 2025, Menurut Shift Up

Stellar Blade Bakal Dikeluarkan Di PC Pada 2025, Menurut Shift Up

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd