Selepas Aniplex mengacah siri anime baharu dengan huruf “O” dan “M”, akhirnya tajuk untuk siri anime tersebut didedahkan! Berita baik buat peminat siri Monogatari kerana “Off-Season” dan “Monster Season” akan mendapat adaptasi anime pada masa akan datang! Kalau anda ingin tahu, inilah siri pertama Monogatari baharu yang akan keluar sejak Zoku Monogatari yang ditayangkan pada 2019. Bersama-sama pengumuman tersebut, visual utama turut didedahkan!

Siri baharu ini akan berlaku selepas graduasi sekolah protagonis utama, Koyomi Araragi. Melalui pengenalan ringkas pada teaser siri, nampaknya ia akan fokus kepada heroin-heroin dalam siri.
Studio Shaft kembali untuk menghasilkan siri tersebut bersama-sama Akiyuki Shinbo dan Midori Yoshizawa.
Tentang siri Monogatari
Untuk pengetahuan anda, siri Monogatari ditulis oleh Nisio Isin manakala ilustrasinya dihasilkan oleh Vofan pada 2006, dengan bahagian 1 dan bahagian 2. Untuk Off-Season, buku tersebut telah diterbitkan pada 2015 sehingga 2017. Cerita dalam siri tersebut termasuklah Orokamonogatari, Uzamonogatari, Nademonogatari, and Musubimonogatari.

Manakala Monster Season mempunyai cerita seperti Shinobomonogatari, Yoimonogatari, Amarimonogatari, Ougimonogatari, dan Shinomonogatari bahagian 1 dan bahagian 2. Ia telah diterbitkan pada 2017 sehingga 2021.
Kami pasti ramai peminat yang ternanti-nantikan adaptasi anime baharu Monogatari ini. Buat masa ini tiada tarikh tayang yang dijadualkan tetapi sudah disahkan bahawa ia akan ditayangkan pada tahun ini. Jadi kita nantikan maklumat baharu mengenainya pada masa akan datang. Mungkin trailer rasmi akan didedahkan jnanti.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post