Masa lapang mesti ada di antara anda yang membaca komik kan? Lebih-lebih lagi di platform Webtoon, yang menyediakan beribu komik tersedia untuk dibaca. Kalau anda ingin tahu, banyak juga artis Malaysia yang telah melepaskan komik mereka sendiri di platform tersebut. Baru-baru ini, ada satu webtoon tempatan menarik oleh Anas Miras bertajuk Modifight. Jom, saya ceritakan sedikit mengenai webtoon Modifight ini.

Modifight merupakan kisah seorang pelajar yang ingin menjadi hero. Tetapi berbeza dengan hero yang lain, hero kita ini, Rayyan tidak mempunyai tangan sebenar dan bergantung pada tangan mekanikalnya. Setiap kali dia ingin membantu, mesti sesuatu yang buruk terjadi. Suatu hari S.A.K.T.I, ciptaan hebat yang boleh mengubah DNA telah aktif dengan tersendiri dan menyeru entiti daripada komputer ke dunia sebenar. Bermulalah kisah Rayyan dan kawan-kawannya dalam melawan entiti ini dengan kuasa yang diperoleh daripada S.A.K.T.I.
Kalau anda ingin mengikuti kisah Rayyan ini, bolehlah singgah ke halaman Modifight untuk membacanya. Komik ini telah diterbitkan pada Disember tahun lepas. Buat sementara ini, hanya lapan episod tersedia dengan setiap episod dibahagikan kepada tiga bahagian. Episod 8 juga baru sahaja diterbitkan, jadi anda boleh terus membacanya. Jangan risau! Ianya percuma untuk dibaca.

Ada banyak lagi webtoon tempatan hebat lain yang tersedia dalam platform tersebut seperti SAKABAYANG, The Weight Of Our Sky, My Deepest Secret dan Of Dark Lords and Cabbages. Apapun, jangan lupa untuk sokong artis-artis tempatan yang terbitkan komik mereka pada platform tersebut! Jangan lupa untuk mengikuti Gamer Santai untuk mendapatkan pelbagai liputan tempatan mengenai dunia komik!
@gamersantaimy
Discussion about this post