Pemain Kingdom Hearts rata-rata teruja dengan pengumuman mengenai entri terbaru ini, yang menampilkan rupa realistik Sora. Ini kali pertama kita melihat model realistik untuk watak-watak dalam game itu. Baru-baru ini, Tetsuya Nomura, direktor game KH telah memberikan beberapa maklumat baru mengenai Quadratum, tempat baru yang akan berlangsungnya Kingdom Hearts 4 melalui satu temu ramah bersama Famitsu.

Quadratum kelihatan seakan-akan dunia sebenar dan jika dilihat pada trailer game tersebut, ia seperti bandar Shibuya di Tokyo. Perkara ini telah disahkan oleh Nomura malah dia juga mengatakan bahawa bilik yang Sora tinggal itu akan menjadi pengkalan untuk bahagian awal permainan.
Selain itu, Kingdom Hearts 4 akan meneroka kontra antara dunia Quadratum dan dunia fiksyen KH. “Daripada perspektif Sora, Quadratum merupakan dunia fiksyen yang berbeza daripada realiti. Tetapi dari sudut pandangan penduduk di Quadratum, dunia Quadratum adalah realiti, dan dunia di mana Sora dan yang lain berada adalah dunia fiksyen.” kata Nomura dalam temu ramah itu.

Nomura juga ditanya tentang adegan dalam trailer di mana Goofy dan Donald Duck dilihat mencari Sora, dan mendedahkan penampilan realistik baru Sora, yang mungkin disebabkan oleh Quadratum. Dia juga mungkin tidak akan kekal kelihatan seperti itu untuk keseluruhan game.
“Donald dan Goofy sedang mencari petunjuk tentang Sora di dunia asal,” jelasnya. “Semua dunia sebenar yang ditayangkan semuanya dalam segmen Quadratum dan Sora akan kelihatan realistik, tetapi jika dia boleh kembali ke dunia asal, dia akan kelihatan seperti Donald dan Goofy dengan shader seperti Donald dan Goofy.” jawab Nomura terhadap grafik ke atas Sora.
Jika anda ingin tahu, Kingdom Hearts 4 ini merupakan permulaan epic baru untuk siri ini. Dengan bandar besar Quadratum yang telah didedahkan, ianya sesuatu yang berbeza berbanding game terdahulu dalam siri ini. Dalam satu laporan daripada Famitsu, game ini juga akan dibuat sepenuhnya menggunakan Unreal Engine 5. Jadi, anda boleh bayangkan betapa hebatnya rekaan dunia dalam KH4 nanti.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Kingdom Hearts, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post