Penilaian ESRB untuk Uncharted: Legacy of Thieves pada PS5 dan PC mencadangkan mod multiplayer Uncharted 4 telah disingkirkan dari versi remaster ini. Naughty Dog mengumumkan Uncharted: Legacy of Thieves remaster yang mempunyai versi Uncharted 4: A Thief’s End dan spin-off Uncharted: The Lost Legacy untuk PS5 dan PC semasa PlayStation Showcase 2021.

Naughty Dog pertama kali membawa mod multiplayer ke francais Uncharted dengan Uncharted 2: Among Thieves. Multiplayer Uncharted 2 mempunyai lebih banyak mod permainan termasuk co-op, di mana pemain boleh naikkan level watak, mendapat senjata dan perk baru dan berlawan di beberapa peta dari campaign single player. Mod multiplayer kembali di Uncharted 3 dan kemudiannya ditambah ke Uncharted 4. Tetatpi sayangnya, mod multiplayer itu tidak begitu popular di Uncharted 4.

Menurut penilaian ESRB, koleksi Uncharted: Legacy of Thieves tidak akan menampilkan mod multiplayer Uncharted 4. Rating PS5 dan PC koleksi itu tidak mempunyai sebarang “elemen interaktif,” ini termasuk dengan interaksi pengguna, penjualan item dan perkhidamatan digital dan lain-lain. Walaupun masih belum disahkan oleh PlayStation atau Naughty Dog, mungkin versi PS5 dan PC tidak akan dilancarkan dengan mod multiplayer.

Walaupun terkenal sebagai permainan single player blockbuster, Naughty Dog terus menambah mod permainan multiplayer pada tajuknya, kerena mod tersebut dalam The Last of Us dipuji kerana permainanya yang taktikal dan ganas. Naughty Dog sedang membangunkan spin-off The Last of Us Part II yang merupakan permainan multiplayer kendiri. Ia masih tidak mempunyai tajuk rasmi dan masih dalam pembangunan.

Perkara seperti ini bukanlah pelik sangat kerana Uncharted: The Nathan Drake Collection juga tidak mempunyai mod multiplayer. Sony seperti ini perkara yang sama pada Uncharted: Legacy of Thieves pada awal 2022. Tetapi ia masih belum rasmi, jadi kita perlu tunggu maklumat lanjut mengenainya. Ia mungkin akan didedahkan tidak lama lagi atau mungkin selepas pra-tempah dibuka.
Sumber: screenrant, VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post