Berikutan dengan kes plagiat yang menyebabkan Riot Games memfailkan saman kepada Moonton pada bulan Mei lalu, akhirnya mereka mengambil tindakan untuk mengubah beberapa skin di dalam Mobile Legends secara rasmi.
Menurut ML_Leak – Mobile Legends di Facebook, mereka menyenaraikan lebih daripada 5 hero yang mendapat perubahan ini termasuk Guinevere – Psion of Tomorrow, Zilong – Summer Wave, Irithel – Astral Wanderer, Roger – Dr. Beast dan Alucard – Lightborn Striker. Berikut kami sertakan gambar sebelum dan selepas mendapat perubahan supaya korang boleh nilai sendiri.
Guinevere – Prison of Tomorrow

Zilong – Summer Wave

Irithel – Astral Wanderer

Roger – Dr. Beast

Alucard – Lightborn Striker

Selepas melihat gambar sebelum dan selepas mendapat perubahan, apa yang saya nampak adalah perubahan yang sangat sedikit pada setiap skin tersebut seperti mengubah warna, menambah beberapa design dan ada yang mengubah design secara keseluruhan.
Kalau korang nak tahu, saman yang dilakukan oleh Riot Games pada bulan Mei lalu adalah usaha kali ke-2 mereka terhadap Moonton dengan memfailkan aduan mengenai developer tersebut di U.S. District Court for the Central District of California. Bagi menyokong tuntunan mahkamah, Riot menghantar poster hero dan skin yang membuktikan MLBB meniru Lol. Korang boleh baca laporan penuh di sini.

Apa pula pendapat korang selepas melihat perbezaan sebelum dan selepas mendapat perubahan skin Mobile Legends? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post