Selepas menutup tirai SEA Games Hanoi, kita beralih pula ke Mobile Legends Southeast Asia Cup aka MSC 2022! Untuk merebut gelaran juara, sebanyak 12 pasukan dari seluruh Asia Tenggara akan bersaing sesama sendiri di acara offline/luar talian berikut. Bukan itu sahaja berita menarik kerana MCS 2022 sah akan diadakan di Malaysia international Trade & Exhibition Centre (MITEC) bermula 11 hingga 19 Jun 2022.

Berita baik kepada peminat, anda boleh menonton kejohanan ini secara berdepan. Tetapi penjualan tiket adalah untuk perlawanan yang akan berlangsung pada 15 hingga 19 Jun sahaja. Perlawanan dalam peringkat kumpulan akan disiarkan secara langsung di platform yang ditetapkan nanti. Jika anda berminat untuk menonton MSC 2022 secara berdepan, anda boleh klik pautan ini untuk membeli tiket.

Bakal bersaing untuk prizepool sebanyak USD 300,000 (anggaran RM1,265,490.00), ini adalah senarai lengkap bagi pasukan yang bakal bertanding:
- Malaysia
- TODAK
- ORANGE ESPORTS
- Singapura
- RSG SG
- EVOS SG
- Indonesia
- ONIC ESPORTS
- RRQ HOSHI
- Kemboja
- SEE YOU SOON
- IMPUNITY KH
- Filipina
- RSG PH
- OMEGA ESPORTS
- Myanmar
- FALCON ESPORTS
- Thailand
- IDONOTSLEEP
Selain itu, mereka juga telah mengeluarkan jadual rasmi bagi perlawanan dalam peringkat kumpulan. Berikut adalah jadualnya:

- 11 Jun 2022
- TODAK vs FALCON ESPORTS (Kumpulan A) – 12.00pm
- RSG PH vs SEE YOU SOON (Kumpulan B) – 1.00pm
- FALCON ESPORTS vs ONIC ESPORTS (Kumpulan A) – 3.00pm
- SEE YOU SOON vs RSG SG (Kumpulan B) – 4.30pm
- ONIC ESPORTS vs TODAK (Kumpulan A) – 6.00pm
- RSG SG vs RSG PH (Kumpulan B) – 7.30pm

- 12 Jun 2022
- IDONOTSLEEP vs OMEGA ESPORTS (Kumpulan C) – 12.00pm
- ORANGE ESPORTS vs IMPUNITY KH (Kumpulan D) – 1.30pm
- RRQ HOSHI vs IDONOTSLEEP (Kumpulan C) – 3.00pm
- EVO SG vs ORANGE ESPORTS (Kumpulan D) – 4.30pm
- OMEGA ESPORTS vs RRQ HOSHI (Kumpulan C) – 6.00pm
- IMPUNITY KH vs EVOS SG (Kumpulan D) – 7.30pm
Bagi sesiapa yang tidak sempat membeli tiket ataupun jauh untuk pergi ke kejohanan, MSC 2022 boleh ditonton secara langsung melalui halaman media sosial rasmi Mobile Legends Malaysia:

Ini merupakan kejohanan Mobile Legends Southeast Asia Cup, MSC pertama yang diadakan di Malaysia. Jadi marilah kita sama-sama memberikan sokongan yang padu kepada pasukan Malaysia, Todak dan Orange Esports yang bertanding dalam kejohanan ini. Jangan lupa saksikan MSC 2022 yang akan bermula pada 11 Jun ini secara langsung di media sosial Mobile Legends.
Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Mobile Legends, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post