Riot Games menyaman developer Mobile Legends: Bang Bang yang berpangkalan di Shanghai kerana memplagiat Wild Rift, versi mobile League of Legends sekali lagi.
Sejak melancarkan versi mobile MOBA pada tahun 2021, Riot telah meningkatkan dua kali ganda usahanya dalam memerangi game mobile yang meniru mereka. Baru-baru ini, mereka memfailkan aduan mengenai developer Moonton Games di U.S. District Court for the Central District of California.
Untuk menyokong tuntutan mahkamah, Riot menghantar poster champion dan skin yang menunjukkan MLBB meniru LoL. Semua aset di bawah diambil daripada kempen pemasaran untuk kedua-dua game tersebut.
Ini adalah kali kedua Riot menyaman Moonton. Pada 2017, hakim persekutuan dari California enggan mendengar kes itu dan memutuskan bahawa China mempunyai bidang kuasa yang lebih baik untuk menguruskan tuntutan itu. Kemudian, Tencent, syarikat induk Riot menyaman Ketua Pegawai Eksekutif Moonton kerana pelanggaran perjanjian untuk tidak bersaing di China (dipasarkan di China) dan menerima $2.9 juta sebagai penyelesaian pada 2018.
Selepas pelancaran Wild Rift pada 2021, Moonton dilaporkan mengeluarkan kontrak eksklusif untuk memberi manfaat kepada organisasi yang menerima untuk tidak bersaing dalam Wild Rift dan sebaliknya bersaing dalam MLBB.

MLBB dilancarkan pada 2016 di Android dan iOS. Ia hampir menyerupai League of Legends tetapi pada platform mobile. Ia mempunyai mekanik yang serupa, sistem progression dan kempen pemasaran yang menggunakan skin.
Sejak dilancarkan, game mobile itu telah berjaya dan menjana hasil lebih daripada $600 juta. Walaupun Wild Rift baru dikeluarkan tahun lepas, ia masih dapat lebih 80 juta pengguna bulanan secara purata menurut Active Player. Bagi esports, ia dipilih sebagai acara rasmi dalam Sukan SEA 2019, dan World Championship terbaru dengan menawarkan prize pool $800,000.

Jadi, kepada peminat League of Legends dan Mobile Legends: Bang Bang, korang rasa wajar ke untuk Riot Games menyaman Moonton dalam isu plagiat ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen, untuk lebih banyak berita menarik tentang game dan anime, sila klik pautan ini.
Sumber: Dotesports

@gamersantaimy
Discussion about this post