Tidak lama lagi, MOONTON Games akan memperkenalkan update besar seterusnya, yang bertajuk NEXT FOR YOU, untuk Mobile Legends: Bang Bang. Akan bermula secara rasmi pada 27 Jun, update Mobile Legends ini merangkumi pelbagai ciri baharu termasuk sistem emblem yang diubah suai, penampilan yang dikemas kini untuk lima hero (akan dikeluarkan pada bulan September), rank Mythical Triumph, dan hero marksmen baru Ixia!
Berikut adalah info penuh:
Marksmen baru Ixia

Siap sedia semua pemain Marksmen kerana hero baru, Ixia, akan tiba dalam masa terdekat! Merupakan watak yang keras kepala, Ixia dikenali sebagai Sand Hunter di Agelta Drylands.
Dia adalah hero yang ke-121 dan merupakan marksman yang mampu melakukan banyak burst damage dan efek crowd control kepada musuh. Ixia juga mempunyai memiliki kebolehan natural untuk ‘life-steal‘ tanpa item, jadi dia mampu bertahan lebih lama daripada kebanyakan hero marksman lain dalam permainan.
Buat masa ini, Ixia tersedia untuk dimainkan di Advanced Server tetapi MOONTON tidak mendedahkan bila hero ini akan keluar di server global Mobile Legends. Saya akan jelaskan tentang skill-nya apabila Ixia diumumkan secara rasmi.
Jalan cerita baru di wilayah Eruditio

Dikenali sebagai kota para cendekiawan di Land of Dawn, pemain boleh mengalami kisah baharu tentang wilayah Eruditio. Kisah ini akan dikeluarkan pada 1 Julai. Merupakan tempat asal-usul kepada Layla, Bruno, Diggie dan banyak lagi – UI di menu utama permainan akan dinaik taraf untuk mencerminkan metropolis yang sibuk itu. Pada masa yang sama, reka letak peta turut akan diubah suai dan dirancangkan untuk keluar pada September 2023.
Sistem Emblem baharu

Seperti yang korang tahu, pemain hanya boleh menggunakan satu set emblem untuk satu hero. Kini masalah itu akan diselesaikan kerana tidak lama lagi, pemain boleh customise set Emblem untuk setiap hero. Ini membolehkan pemain memilih mana-mana atribut khusus untuk digunakan pada hero tersebut.
Dengan itu, pemain lebih bebas membuat kombinasi Emblem demi menyesuaikan playstyle hingga ke prestasi maksimum. Proses upgrade Emblem juga akan semakin mudah kerana tidak lagi memerlukan BP (Battle Points).
Rank Mythical Triumph

Kejar leaaderboard untuk mencapai Rank baharu – Mythical Triumph – yang akan menggantikan Mythical Glory sebagai peringkat tertinggi dalam permainan. Kini, terdapat total sembilan (9) peringkat untuk pemain mendaki setiap musim.
Baca segala berita kami tentang Mobile Legends: Bang Bang di SINI.

@gamersantaimy
Discussion about this post