Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) menampilkan satu lagi kolaborasi dengan francais fighting game terkenal iaitu THE KING OF FIGHTERS ’97 (KOF 97). Dalam kolaborasi ketiga ini, tiga hero MLBB telah menerima skin eksklusif berdasarkan tiga watak ikonik KOF ’97.
Berikut adalah trailer lengkap:
Tiga hero MLBB yang menerima skin kolaborasi dengan KOF ’97 ialah Masha (Mai Shiranui), Paquito (Terry Bogard), dan Valir (Kyo Kusanagi). Skin ketiga-tiga hero ini akan memaparkan efek-efek khas watak KOF ’97 ketika bertarung di Land of Dawn, seperti skill, elimination, recall dan respawn. Ini termasuk avatar border dinamik dan emote kolaborasi baharu, yang menjadikan pengalaman bermain lebih menarik.
Semasa acara itu, anda boleh menikmati 10X Draw pertama dengan diskaun 30%, dan 10 draw pertama juga menjamin satu item permanen! Anda juga boleh mendapat diskaun 50% untuk 1X Draw pertama setiap hari.
Selain daripada menghadirkan skin kolaborasi, MLBB juga akan mengadakan dua event Premium Supply dari 27-30 April dan 11-31 Mei 2024 yang membolehkan pemain mendapatkan token gacha tambahan dengan melakukan recharge atau menggunakan diamond.

Alami keseronokan dalam setiap perlawanan bersama rakan-rakan menggunakan hero dengan skin watak ikonik THE KING OF FIGHTERS ’97 dalam MLBB. Skin kolaborasi eksklusif untuk wira Masha, Paquito dan Valir ini akan tersedia untuk masa yang terhad di dari 24 April hingga 31 Mei 2024, jadi dapatkan sekarang selagi boleh.

Seperti saya kata tadi, ini adalah kolaborasi ketiga antara kedua-dua game. Sebelum ini, kerjasama Mobile Legends: Bang Bang dan The King of Fighters telah memperkenalkan skin popular seperti Chou sebagai Iori Yagami, Karina sebagai Leona Heidern, dan Guinevere sebagai Athena Asamiya dalam bundle pertama, diikuti oleh Gusion sebagai K’, Aurora sebagai Kula Diamond, dan Dyrroth sebagai Orochi Chris dalam edisi kedua.
Dapatkan segala berita kami tentang Mobile Legends di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post