Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Legends: Bang Bang – Senarai hero META setakat update 1.6.72

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 23, 2022 - Updated on May 24, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, Panduan
0 0
0
Mobile Legends: Bang Bang – Senarai hero META setakat update 1.6.72
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam game Mobile Legends, pasti ada hero yang menjadi mimpi ngeri bagi pemain-pemain sekalian, lagi-lagi jika hero itu dianggap terlalu OP (overpowered) dan kerap dipilih kerana amat bersesuaian dengan meta. Oleh itu, hero-hero ini akan sentiasa kena “ban” dalam majoriti perlawanan Ranked.

Buat masa ini, ada beberapa hero Mobile Legends yang sering kena ban dalam update 1.6.72 menurut laman web rasmi Mobile Legends. Semua hero di bawah dipilih kerana mempunyai Ban Rate lebih 20% di tier Legend+. Tier ini lebih kepada higher elo dan majoriti pemain sudah faham tentang makna meta dan cara memakai seseorang watak.

Hero mana yang ramai orang takuti? Berikut adalah senarainya:

*Ban Rate adalah berdasarkan data pada 23 Mei 2022*

Assassin

Karina – Ban Rate (71.54)

Punca Karina menjadi hero ban adalah kerana dia mempunyai CD (cooldown) skil yang sangat pendek berkata beberapa update lepas sehingga boleh spam kemahirannya berkali-kali. Itu sahaja isunya!

Bersama kemahiran pasif yang boleh melakukan true damage apabila menyerang sasaran yang sama dua kali (juga mengurangkan CD untuk semua skil), gabungan skil 1, 2 dan ulti sudah cukup kuat untuk membunuh mana-mana hero dengan HP rendah.

Yang menambahkan buruk lagi keadaan adalah ulti Karina juga membolehkan dia datang serta merta ke sasaran kerana berjenis blink. Senang cerita, dia adalah idaman assassin buat masa ini.

Walaupun dia adalah assassin jenis burst, beberapa orang pernah buat build hybrid dengan mencampurkan item supaya Karina lebih “keras” untuk menghadapi metagame semasa.

  • Kelebihan:
    • Tiada CD untuk skil, terutamanya apabila dapat kill. Boleh spam Ulti berkali-kali.
    • Mudah mencari sasaran dengan HP rendah
    • Mobiliti yang sangat tinggi

Ling – Ban Rate (38.18)

Walaupun ban rate agak rendah di tier Legend, Ling sebenarnya kena ban sebanyak 74.26% di tier Mythic 400+ dan adalah salah satu hero paling kerap dipilih oleh pemain pro dalam kebanyakan kejohanan termasuk MPL.

Dia kekal sebagai ancaman besar kerana mobilitinya yang terlalu tinggi dan potensi damage yang kini lebih besar. Tentang mobiliti, skil Cloud Walker dari Ling membolehkannya berjalan di atas “dinding” untuk membuat serangan mengejut. Walaupun masih boleh dielak, dia dengan mudah dapat mengejar kita untuk melakukan finisher. Andai kata dikepung, dia boleh saja melarikan diri memakai ulti-nya.

Satu lagi sebab mengapa dia jadi meta pick walaupun lama wujud adalah kerana perubahan dalam “crit attack” dan beberapa atribut lain yang membantunya untuk terus bertahan dalam meta.

  • Kelebihan:
    • Burst damage yang sangat tinggi
    • Bagus dalam ganking
    • Mobiliti tinggi untuk masuk ke dalam pertarungan dan kemudian melarikan diri

Selena – Ban Rate (32.18)

Selena merupakan salah satu Assassin paling menjengkelkan kerana boleh stun musuh selama beberapa saat (lebih jauh jarak musuh, lebih lama stun). Selain itu, skil ini juga menjadikannya sebagai wira “recon” yang sangat baik untuk mengesan lokasi musuh, lantas membuatnya sangat versatil.

Apabila ditempatkan di mid-lane sebagai Support atau Roamer, Selena jamin dapat memberi banyak bantuan daripada segi lokasi musuh di peta, lalu memudahkan rakan sepasukan untuk merancang pergerakan seterusnya.

Selain daripada skil CC, Selena seperti biasa mempunyai nilai burst damage yang terlampau tinggi. Dengan hanya satu kombo, dia boleh membunuh mana-mana hero Mage atau Marksman walaupun di early game.

  • Kelebihan:
    • Skil stun yang sangat bahaya
    • Mempunyai kelebihan early game
    • Boleh mengesan musuh dan memerangkap mereka

Natalia – Ban Rate (28.83)

Salah satu hero OG (lama) dalam MLBB, Natalia adalah Assassin paling digeruni oleh pemain dalam meta semasa dengan kebolehan untuk menjadi halimunan, “immune” diri” dan menyerang hendap.

Cara untuk bermain hero ini adalah sebagai Roamer di mana hanya dua atau tiga serangan sudah cukup untuk membunuh sasaran. Dengan abiliti halimunan, Natalia dapat muncul di mana-mana dan terus melenyapkan diri selepas mendapatkan kill.

Selain menjadi halimunan, Natalia dapat memperlahankan musuh serta dan “immune” diri dengan skil kedua lalu membuatkan keadaan menjadi lebih sukar untuk melarikan diri atau mencederakannya.

  • Kelebihan:
    • Mempunyai skil halimunan
    • Kombo mudah untuk belajar tetapi bahaya
    • Boleh keluar masuk untuk menyerang hendap

Mage

Valentina – Ban Rate (45.38)

Valentina sering kena ban kerana ramai pemain mengadu bahawa dia boleh mendapatkan EXP setiap kali mencederakan musuh dan mempunyai CD terlalu pendek berbanding hero mage lain. Sebagai Valentina, korang boleh spam skil 1 dan 2 banyak kali dalam early game, dan apabila tiba masanya – buka ulti yang merupakan senjata utamanya.

Secara ringkas, Ulti Valentina boleh meniru setiap ultimate untuk hero Mobile Legends. Apabila habis menggunakan ultimate musuh, rupanya akan tukar kepada musuh tersebut dan dia mempunyai jenis basic attack yang sama dengan hero itu. Ini akan menjadi masalah apabila Valentina meniru hero dengan damage yang tinggi, yang pasti bikin bimbang.

Walaupun kena nerf berkali-kali tetapi dia masih adalah Mage yang menakutkan. Dengan mencuri ultimate yang betul, ia pasti akan memudahkan korang dalam team fight dan situasi 1v1 serta mempunyai potensi untuk mengubah arus pertempuran untuk menang.

  • Kelebihan:
    • Hero jenis game changer
    • Cara mudah untuk dapatkan EXP
    • Terlalu susah untuk ramal

Xavier – Ban Rate (33.71)

Xavier adalah seorang lagi Mage dengan burst damage yang tinggi tetapi malangnya, tidak mempunyai mobiliti. Walaupun susah untuk melarikan diri atau mengejar musuh, skil jarak jauhnya cukup kuat. Pertama, dia boleh stun banyak musuh sekaligus, untuk membuka peluang bagi rakan sepasukan untuk datang membantu atau bantu membunuh musuh.

Satu lagi perkara yang membezakannya daripada Mage lain dalam meta adalah Xavier mempunyai damage early game yang terlalu tinggi. Berbanding yang lain, dia mempunyai potensi untuk membunuh orang pada level 2. Selain itu, ultimate-nya Dawning Light sangat luas di peta, dan boleh menyerang sesiapa sahaja yang berada dekat jaraknya.

  • Kelebihan:
    • Early game damage yang tinggi
    • Global ulti yang boleh serang ramai musuh
    • skil stun yang menjengkelkan

Cecilion – Ban Rate (26.17)

Dahulu popular kemudian diabaikan seketika, Cecilion sebenarnya adalah wira yang mampu carry seluruh pasukan. Dia hanya memerlukan Clock of Destiny dan Lightning Truncheon untuk mendominasikan early game di mana satu serangan itu cukup kuat untuk mengubah arus perlawanan.

Pertama dia akan stun musuh dan kemudian menghalang mereka daripada melarikan diri dengan menggunakan skil kedua diikuti oleh ulti yang memberikan burst damage. Jika ada saki baki musuh, Cecilion hanya perlu ulang skil pertama sahaja. Kombo ini akan menjadi penentu dalam setiap team fight kerana gabungan CC yang tinggi dan kelebihannya untuk memulihkan HP.

  • Kelebihan:
    • Serangan CC yang sangat kuat
    • Skil dengan efek HP Regen
    • Terlebih sesuai untuk Team Fight

Fighter

Yin – Ban Rate (56.81)

Yin dahulu dipandang rendah tetapi menjadi semakin popular selepas menerima buff dalam update. Menakutkan di kedua-dua tier Legend dan Mythic 400+, Yin digeruni oleh ramai orang kerana mampu menarik musuh pilihan ke gelandang peribadi selama 8 saat untuk bertarung 1v1.

Dalam kawasan ini, Yin akan bertukar menjadi Lieh (versi dirinya yang berbeza) yang mempunyai skil lebih kuat dengan penambahan 20 poin pada Magic/Physical Defense.

Memang mudah untuk mendominasikan perlawanan, sama ada di side lane atau sebagai jungler, keupayaan Yin untuk “mengunci” sasaran dan menghantar mereka ke dominasi lain bermakna dia boleh “membuang” musuh dengan damage tinggi seperti Marksman manakala rakan sepasukan menguruskan musuh yang lain.

  • Kelebihan:
    • Memisahkan pihak lawan penting daripada menyertai team fight
    • Mudah lock target lalu singkirkan mereka
    • Burst damage tinggi

Hilda – Ban Rate (32.36)

Hilda ialah Fighter wajib ban wajib yang sering kena ban dalam update ini kerana mempunyai abiliti HP Regen yang agak pantas. Dengan hanya membuat build tank, damage output-nya masih tinggi dan boleh sahaja melenyapkan musuh HP rendah dengan mudah.

Selain itu, ultimate-nya boleh menangani damage mengikut HP maksimum musuh dan pasif Hilda memberikannya lebih banyak daya ketahanan, lantas membuat keadaan menjadi sangat sukar untuk membunuh Hilda secara 1v1, lagi-lagi kalau dalam semak!

  • Kelebihan:
    • Hero yang terlalu kuat secara 1v1
    • Tank serba boleh dengan damage output tinggi
    • Abiliti HP regen dalam semak

Tank

Franco – Ban Rate (32.19 di Mythic 400+)

Selepas menerima revamp oleh Moonton, kini ramai orang lebih suka memakai Franco selepas mendapati hero ini lebih keras dan sakit. Skil yang diperbaharui adalah pasif Wasteland Force; apabila Franco tidak menyerang musuh, dia akan mendapat peningkatan movement speed sebanyak 5% dan boleh memulihkan semula 1% daripada jumlah HP.

Selain itu, pasif ini memberikan peningkatan kerosakan pada setiap stack. Jika jumlah stack terkumpul sampai maksimum (10 stack), damage akan naik sebanyak 150%.

Bukan itu sahaja sebabnya kerana buff milik Jungler selalu dikacau oleh Franco. Dia boleh menggunakan kemahiran Iron Hook untuk menarik buff keluar dari zon supaya HP monster itu reset. Jika jungler tidak mendapat buff, maka dia akan ketinggalan dari segi damage, level, dan gold.

  • Kelebihan:
    • Ganggu formasi musuh
    • Mampu menarik musuh dari jauh
    • Mengacau buff pihak lawan

Grock – Ban Rate (31.17 di Mythic 400+)

Grock adalah salah satu Tank paling popular dalam meta setakat ini. Bukan sahaja sebagai hero pilihan tetapi juga ban selepas perubahan pasif dan Ultimate. Grock yang biasa dijadikan sebagai roamer dalam meta kini sangat kuat, terutamanya kerana kesan stun dari Ultimate.

Akibat perubahan pasifnya Earthen Force, ramai pemain juga mula esperimen pelbagai emblem dan build ke atas Grock, terutamanya item Physical. Siapa perlu assassin kalau kita ada Grock kan?

Biasanya, pemain Grock selalunya mempunyai gameplay agresif dan kerap merayau ke setiap lane untuk bantu menyerang sehingga dive tower. Dengan skil yang bahaya, mobiliti yang tinggi, dan damage untuk 1-shot musuh HP rendah, padanlah ramai suka Grock dari dulu hingga sekarang.

  • Kelebihan:
  • Tank agresif yang sesuai untuk dive tower
  • Selepas revamp, boleh bertukar ke build lebih ofensif sambil kekalkan durabiliti

Support

Estes – Ban Rate (22.76)

Satu-satunya Support yang masih kena ban ialah Estes. Sebelum Estes mendapat perhatian orang ramai, dia hanya dianggap sebagai hero support yang membosankan tetapi selepas kerap digunakan dalam kejohanan esports, ramai sedar akan kelebihan stack yang diperolehi daripada menyembuh rakan sepasukan.

Apabila stack itu penuh, magic damage Estes akan bertambah sakit manakala rakan sepasukan boleh bertenang kerana HP mereka akan dipulih dengan cepat selagi mereka berhampiran Estes. Jika pasukan pandai melindungi Estes dari serangan musuh, maka susah lah musuh untuk menembus pertahanan kita.

  • Kelebihan:
  • Jumlah heal yang terlalu banyak
  • Walaupun support, magic damage boleh tahan sakit
  • Membuatkan komposisi team susah untuk dikalahkan

Marksman

Wanwan – Ban Rate (78.55)

Wanwan boleh dikatakan adalah Marksman terbaik dalam meta sekarang. Malah dalam kejohanan esports, dia pasti akan kena ban. Jika tidak kena ban, dia pasti akan dipilih.

Pertama adalah peningkatan base stats. Walaupun rata-rata semua Marksman amat kuat di late game, ramai merasa Wanwan terlalu lemah, jadi pihak developer membuat perubahan supaya dia dapat bersaing dengan musuh di early game. Kedua adalah dengan mengurangkan “weakness” musuh daripada 4 ke 3 (skil pasif), Wanwan kini dapat memaksimumkan potensi damage dengan lebih senang.

Akhir sekali adalah Ultimate-nya yang diubah sedikit supaya lebih beginner friendly. Untuk sesiapa yang tidak tahu, Wanwan mempunyai potensi untuk menghapuskan seluruh pihak lawan semasa menggunakan Ultimate. Jadi, bayangkanlah apabila watak ini lebih mudah untuk digunakan.

Dalam semua hero di list ini, Wanwan adalah antara watak paling broken setakat ini.

  • Kelebihan:
    • Marksman dengan early damage yang tinggi
    • Ultimate terlalu OP dan sekarang lebih mudah dipelajari
    • Watak yang agak lincah

Supaya tiada salah faham, data ini diambil terus dari laman web Mobile Legends dan merupakan senarai hero META setakat update 1.6.72. Apa pendapat anda? Mana satu adalah hero kegemaran? Jom kongsi pendapat bersama saya!

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BanMobile Legends: Bang Bangupdate 1.6.72
Previous Post

Panduan menonton mengikut timeline Gundam bermula dari Universal Century

Next Post

Top Gun: Maverick tiba di Pavilion Kuala Lumpur dengan iklan animasi 3D sebelum tayangan 26 Mei

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Top Gun: Maverick tiba di Pavilion Kuala Lumpur dengan iklan animasi 3D sebelum tayangan 26 Mei

Top Gun: Maverick tiba di Pavilion Kuala Lumpur dengan iklan animasi 3D sebelum tayangan 26 Mei

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd