Bersempena dengan Piala Dunia 2022 yang sedang diadakan di Qatar, Mobile Legends: Bang Bang secara rasmi mengumumkan yang mereka akan membuat kolaborasi bersama pemain bola sepak Malaysia termasuk Safee Sali, Khairul Fahmi dan juga Dominic Tan. Rancangan kolaborasi ini diberi nama Juara Ultima 5v5 dan akan dilancarkan pada 25 November 2022 YouTube Mobile Legends: Bang Bang.
Dalam kolaborasi ini, mereka akan bersaing dalam perlawanan bola sepak dan juga Mobile Legends: Bang Bang dengan mengenakan format 5 vs 5. Bersama-sama dengan kolaborasi ini, Moonton telah menjemput beberapa atlet Mobile Legends: Bang Bang Malaysia termasuk TODAK Moon, SMG Xorn, RSG Izanami dan juga Team Haq Gary.
Format pun dah 5 vs 5, tapi rasa tidak lengkap pula bermain seramai 7 orang. Turut menyertai perlawanan ini ialah Intan Sera, Aiman Laphel dan XK Penjahat.
Selain itu, mereka juga telah memulakan acara bola sepak di dalam Mobile Legends: Bang Bang iaitu Overdrive pada 21 November 2022. Ia merupakan karnival bola sepak yang menampilkan hero dan map baharu. Pemain yang menyertai Overdrive Field Match akan diberikan Overdrive Avatar Border.
Alang-alang Piala Dunia 2022 telah bermula, Mobile Legends: Bang Bang akan mengadakan “World Cup Watch Party” di beberapa kawasan. Berikut adalah maklumat secara terperinci tentangnya:
- Rasta TTDI
- Tarikh: 25 November
- Masa: 8 malam – 1 pagi
- Kilang Kitchen
- Tarikh: 10 Disember 2022
- Masa: 9 malam – 2 pagi
- The H Hartamas
- Tarikh: 18 Disember 2022
- Masa: 9 malan – 2 pagi

Saya ingin mengingatkan anda bahawa rancangan Juara Ultima yang menampilkan Safee Sali, Khairul Fahmi dan Dominic Tan akan dikeluarkan pada ini 25 November 2022 di YouTube Mobile Legends: Bang Bang Malaysia. Korang boleh layan pemain kesukaan korang bermain bola sepak dan juga MLBB.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post