Pada tahun 2004, pencipta siri Final Fantasy, Hironobu Sakaguchi, telah membentuk sebuah studio baru bernama Mistwalker. Dikenali untuk siri seperti Blue Dragon dan Lost Odyssey, Mistwalker akhirnya mendedahkan maklumat lanjut tentang Fantasian, sebuah “turn-based JRPG” tradisional dengan gaya seni yang unik dan skor yang disusun oleh Nobuo Uematsu.
Pertama kali diumumkan pada bulan Mac 2019 sebagai pelancaran eksklusif di Apple Arcade, Fantasian ditangguhkan kerana isu wabak lalu dijadualkan untuk keluar pada tahun ini. Game ini menampilkan lebih dari 150 diorama buatan tangan, yang kemudian diisi dengan watak 3D. Seterusnya, diorama ini digunakan sebagai latar belakang untuk “dungeon“, persekitaran dalam, dan dunia luar.
Hasilnya adalah persembahan visual menarik yang menggabungkan mekanik RPG standard seperti bercakap dengan NPC untuk mengumpulkan maklumat, pertemuan musuh secara rawak, dan pertempuran berdasarkan giliran.
Di dunia yang dikuasai oleh mesin, protagonis bernama Leo sedang mencari ayahnya yang hilang tetapi hilang ingatan selepas sebuah letupan berlaku. Satu-satunya memori yang dia ingat adalah berkaitan dengan Kina, seorang gadis yang menemani Leo melalui pelbagai dimensi ketika dia memulakan usaha untuk memulihkan ingatannya. Beberapa watak tambahan, masing-masing dengan latar belakang dan keperibadian yang unik, akan menyertai parti dalam perjalanan.
Walaupun gameplay dan jalan cerita agak tipikal bagi sebuah RPG, Fantasian memperkenalkan sistem Dimengeon, yang menghantar musuh dari pertemuan rawak ke dimensi alternatif supaya kita boleh mengurusnya kemudian, dan menjelajahi persekitaran lokasi dengan aman.
Pemain kemudian boleh memasuki Dimengeon (merupakan gabungan perkataan “dimension” dan “dungeon“), lalu bertarung dengan setiap musuh yang dihantar dalam satu sesi pertempuran yang panjang.
Sistem ini muncul selepas para pemaju menyedari bahawa rentak permainan boleh terganggu oleh pertemuan rawak di dungeon dan menghalang mereka daripada menikmati keindahanan diorama.
Kerana game ini direka untuk paparan sentuh peranti Apple, sistem pertempuran adalah berdasarkan genre “turn-based” dengan elemen aksi, yang membolehkan pemain untuk mengarahkan sihir dengan “melukis” garis atau lengkung bagi menyerang musuh.
Seperti biasa, pertarungan bos memerlukan pemain untuk menggunakan strategi, di mana watak yang kurang kuat pun boleh memperoleh kemenangan dengan perancangan yang bijak serta dan penggunaan kemahiran dan item yang taktikal.
Fantasian akan dilancarkan di Apple Arcade untuk iOS, Apple TV, dan Mac pada tahun 2021. Tekan SINI untuk baca segala liputan kami tentang siri Fantasian.

Dari pencipta Final Fantasy, datanglah pengembaraan menakjubkan seterusnya dari legenda industri Hironobu Sakaguchi. Fantasian adalah RPG menarik baru dengan latar belakang spektakuler yang dibuat dengan lebih dari 150 diorama buatan tangan yang menggabungkan persekitaran fizikal dan watak 3D.
@gamersantaimy
Discussion about this post