Isu hangat yang sentiasa menjadi perbalahan orang ramai berkenaan mobile gaming memang tidak boleh dihentikan. Baru-baru ini, isu ini kembali selepas pasukan esport Dignitas mengeluarkan tweet “menganjing” berkenaan mobile gaming.
Menurut Twitter Dignitas, mereka telah mengeluarkan tweet yang berkata “Bersetuju bahawa mobile gaming bukan gaming.” Dengan mengeluarkan tweet tersebut, ramai peminat dan komuniti marah dan kecewa dengan pasukan tersebut.
Salah seorang yang bertindak untuk membalas tweet tersebut ialah iFerg. Dia merupakan seorang pemain profesional daripada pasukan mobile gaming yang terkenal iaitu Tribe. iFerg respons pada tweet tersebut dengan berkata “Saya telah memenangi lebih banyak kejohanan dalam tempoh 5 tahun yang lalu daripada keseluruhan organisasi anda. Perkara paling relevan yang berlaku kepada anda dekad ini ialah ‘ratio’.”
*Ratio adalah apabila tweet anda lebih banyak komen daripada like atau retweet. Senang cerita orang tidak sependapat dengan tweet tersebut.
Selepas mendapat respons daripada pelbagai pihak, pasukan esport tersebut telah memadam tweet tersebut dan mengubah tweet-nya dengan sebuah meme untuk mengejek diri sendiri. Walaupun tweet tersebut telah dipadam, iFerg dapat screenshot tweet tersebut dan komen dalam bentuk video pula.

Bagi yang tidak mengenali iFerg, dia merupakan seorang pemain dan Youtuber profesional dan juga co-owner dari pasukan Tribe Gaming. Dia terkenal dengan bermain game FPS mobile seperti Fortnite dan COD Mobile. Dia juga telah banyak menang kejohanan rasmi.

Pasukan esport Dignitas merupakan organisasi esport profesional dari New Jersey dan ditubuhkan sejak tahun 2003. Mereka telah menyertai lebih daripada 35 kejohanan dan menang sebanyak 18 kejuaraan dunia dalam pelbagai game.
Apa pendapat anda berkenaan isu mobile gaming yang dimulakan oleh pasukan esport Dignitas? Adakah sependapat dengan pasukan tersebut atau anda berpihak kepada iFerg dari Tribe Gaming? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post