Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MOBA klasik Heroes of Newerth rasmi tutup selepas 12 tahun aktif

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2022
in Artikel, Berita, MOBA, PC
0 0
0
MOBA klasik Heroes of Newerth rasmi tutup selepas 12 tahun aktif
Share on FacebookShare on Twitter

Dikenali sebagai salah satu game MOBA pertama untuk memasuki pasaran, Heroes of Newerth telah rasmi tutup hari ini selepas membuatkan pengumuman yang mereka akan menghentikan operasi pada enam bulan lepas.

Screenshot daripada laman web rasmi

“Heroes of Newerth (HoN) telah berkhidmat untuk masa yang lama. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah melalui perjalanan ini, mencipta kenangan istimewa bersama kami, menggerakkan HoN ke hadapan, dan mencipta banyak cerita yang tidak dapat dilupakan untuk HoN, serta menjadikan Heroes of Newerth menjadi salah satu daripada game MOBA paling popular.”

tulis Frostburn Studios dalam pengumumannya pada Disember lalu.

Seperti kebanyakan game MOBA pada awal 2010-an, asal usul Heroes of Newerth datang daripada Warcraft 3 dan mod Defence of the Ancients yang sangat popular. Heroes of Newerth muncul sejurus selepas LoL pada Mei 2010 di mana lebih tiga juta akaun telah mendaftarkan diri. Buat masa seketika, semua orang orang anggap Heroes of Newerth mungkin boleh jadi sebesar League of Legends.

Malangnya, keadaan tidak berjalan lancar. Pemaju original S2 Games ialah studio yang jauh lebih kecil daripada Riot dan tidak dapat bersaing dengan tempo pembangunan update yang kerap. LoL dan Dota 2 pula menawarkan visual yang lebih baik dan mekanik yang lebih kemas untuk peminat MOBA.

S2 Games tahu mereka perlu melakukan sesuatu untuk bersaing dengan lebih baik bersama Riot and Valve, jadi mereka menjual Heroes of Newerth kepada Frostburn Studios pada 2015 untuk memberi tumpuan kepada projek seterusnya: sebuah lagi game MOBA bernama Strife. Game itu pun menghadapi masa yang sukar untuk tembus ke pasaran MOBA dan dalam keadaan terpaksa, kedua-dua game Strife dan studio S2 Games telah ditutup pada 2018.

Frostburn berjaya mengekalkan Heroes of Newerth selama 7 tahun, tetapi memandangkan jumlah pemain dan keuntungan semakin menurun, sudah tiba masanya untuk menghentikan keseluruhan operasi.

Semasa membuat pengumuman bahawa game akan tutup pada Disember lalu, Frostburn menghadiahkan beberapa bonus secara percuma dan mengadakan acara istimewa untuk meraikan Heroes of Newerth bersama peminat yang masih setia. Pada 31 Disember, tiada siapa boleh mencipta akaun baru di game tersebut dan hari ini, semua server HoN telah ditutup buat selama-lamanya.

Untuk semua liputan kami tentang game MOBA, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Heroes of NewerthMOBA
Previous Post

Chainsaw Man Part 2 akan datang pada 13 Julai! Nantikan aksi baru Denji!

Next Post

Outriders PERCUMA bermula 20 Jun – 23 Jun di Steam! Download sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Outriders PERCUMA bermula 20 Jun – 23 Jun di Steam! Download sekarang!

Outriders PERCUMA bermula 20 Jun - 23 Jun di Steam! Download sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd