Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MOBA Honor of Kings Tambah Dub Bahasa Melayu, Siap Loghat Utara, Timur & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, Tempatan
0 0
0
MOBA Honor of Kings Tambah Dub Bahasa Melayu, Siap Loghat Utara, Timur & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal dilancarkan secara global pada 20 Jun untuk Android dan iOS, kami mendapat berita bahawa game MOBA ‘Honor of Kings’ juga menyokong lakonan suara (dub) Bahasa Melayu!

Kredit: Gamer Santai

Berita ini ditemui di group lokal Honor of Kings Malaysia, di mana kita dapat melihat beberapa klip menarik watak sedang sedang menyampaikan dialog dalam bahasa ibunda kita. Bukan itu sahaja, beberapa watak juga bercakap dalam loghat tertentu termasuk Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, dan Penang.

Kami terus memuat turun APK untuk game itu demi melihat dengan mata sendiri. Berikut adalah beberapa contoh yang kami rakam sendiri:

Update ini mungkin sudah lama ada sejak TiMi Studio dan Level Infinite mengusahakan Honor of Kings versi global, tetapi beberapa pemain mengesahkan bahawa lakonan suara telah dikemas kini beberapa hari sebelum pelancaran rasmi untuk menambah dialog dan lakonan suara yang lebih bervariasi.

Dalam group yang sama, ramai yang kagum dan memberi komen-komen positif selepas melihat penambahan unik itu, maklumlah memang jarang untuk melihat game disuarakan dalam bahasa Melayu.

Kredit: Facebook

Untuk menukar suara ke Bahasa Melayu, anda perlu:

  1. Tekan “Setting” (Ikon Gear di bahagian kanan atas)
  2. Pilih “Basic”
  3. Pilih Language
  4. Pilih Bahasa Melayu
  5. Selesai!

Bukan setakat lakonan suara sahaja, seluruh Honor of Kings juga boleh dimainkan dalam Bahasa Melayu jika anda mahu.

Kredit: Gamer Santai

Tentang Game Ini

Sebagai konteks, game ini asalnya dikeluarkan di tanah besar China pada 26 November 2015, lalu menjadi salah satu game MOBA yang paling hangat di negara tersebut.

Adaptasi antarabangsa, bertajuk Arena of Valor, telah dikeluarkan pada Oktober 2016; dan menggunakan game engine yang sama tetapi banyak mengubah reka bentuk user interface dan hero untuk menarik perhatian pasaran Barat.

Supaya dapat kembali ke sumber original, Level Infinite memutuskan untuk membawa Honor of Kings ke peringkat global! Tanpa perubahan dan setulen mungkin seperti versi China, kini semua orang dapat mencuba game MOBA tersebut tidak lama lagi – termasuk pemain Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bahasa Melayuhonor of kings
ShareTweetSend
Previous Post

Lollipop Chainsaw RePOP Akan Datang September 2024, Boleh Pre-Order Sekarang!

Next Post

ULTRAMAN THE HERO PREMIERE 2024 Malaysia: Acara Hebat untuk Peminat Ultra!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Next Post
ULTRAMAN THE HERO PREMIERE 2024 Malaysia: Acara Hebat untuk Peminat Ultra!

ULTRAMAN THE HERO PREMIERE 2024 Malaysia: Acara Hebat untuk Peminat Ultra!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd