Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mission: Impossible – The Final Reckoning Tiba Di Malaysia Pada Mei 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 12, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Mission: Impossible – The Final Reckoning Tiba Di Malaysia Pada Mei 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan antara filem aksi paling hebat pada dekad ini, Mission: Impossible – The Final Reckoning, filem kelapan dan berkemungkinan terakhir dalam francais Mission: Impossible, akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 22 Mei 2025. Dikenali dengan aksi lagak ngerinya sendiri, Tom Cruise bakal kembali sebagai Ethan Hunt.

Kami diberikan pandangan pertama kepada aksi dalam kisah kali ini melalui trailer teaser baharu, yang menunjukkan perjalanan dan bahaya yang menanti Ethan Hunt dan pasukannya.

Trailer tersebut meneruskan kisah Dead Reckoning Part One, di mana Hunt dan pasukannya berlumba dengan masa untuk menghentikan Gabriel daripada membawa kehancuran kepada dunia. Misi ini membawa mereka ke serata dunia, ketika mereka mencari kunci yang mempunyai kuasa untuk melindungi atau menghancurkan manusia.

Kredit: United International Pictures Malaysia

Salah satu pendedahan besar dalam trailer adalah kepulangan beberapa watak yang tidak dijangka. Paris, yang dilakonkan oleh Pom Klementieff, disangka telah menemui ajalnya dalam Dead Reckoning, tetapi dia kembali untuk menyertai pasukan Ethan dalam misi klimaks ini.

Satu lagi kepulangan mengejutkan ialah Erika Sloane, yang dilakonkan oleh Angela Bassett. Kali terakhir dilihat dalam Mission: Impossible – Fallout, Sloane muncul semula dalam The Final Reckoning, dan akan memainkan peranan penting dalam jalan cerita.

Kredit: United International Pictures Malaysia

Mission: Impossible – The Final Reckoning diarahkan oleh Christopher McQuarrie, yang telah mengetuai beberapa filem dalam francais ini, termasuk Mission: Impossible – Rogue Nation dan Mission: Impossible – Fallout. Barisan pelakon penuh bintang termasuk Hayley Atwell, Ving Rhames, Simon Pegg, Vanessa Kirby, Esai Morales, dan Henry Czerny, yang semuanya mengulangi peranan mereka dari filem-filem sebelumnya.

Memandangkan tajuknya adalah The Final Reckoning, adakah ini misi terakhir Ethan Hunt?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mission: Impossible – The Final Reckoning
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade ‘NieR: Automata DLC’ Dilancarkan Pada 20 November!

Next Post

Reviu Farming Simulator 25 – Bina Ladang Sendiri Tidak Mudah!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Reviu Farming Simulator 25 – Bina Ladang Sendiri Tidak Mudah!

Reviu Farming Simulator 25 - Bina Ladang Sendiri Tidak Mudah!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd