The Walt Disney Company Southeast Asia telah mengumumkan pelancaran destinasi untuk kedai e-dagang Asia Pasifik, shopDisney ke Malaysia. Dengan lebih 1000 produk tersedia dalam talian, shopDisney merupakan kedai rasmi untuk merchandise Disney, Pixar, Star Wars dan Marvel, yang terbaik buat pelanggan seluruh dunia.
Koleksi pertama di shopDisney tersedia pada 14 Jun di laman web rasmi kedai. Ia memaparkan pilihan produk terpilih yang diinspirasikan daripada portfolio The Walt Disney Company yang pelbagai dan unik. Terdapat beberapa barangan untuk di kumpul, fesyen dan aksesori, barangan rumah, hadiah, permainan dan banyak lagi.


Para peminat akan mudah mengakses produk seperti barangan siri Mickey Mouse: The Main Attraction edisi terhad, koleksi Disney x COACH dan juga katalog barangan rumah yang diinspirasikan oleh watak kegemaran ramai seperti Winnie the Pooh dan Mickey Mouse.
“Pelancaran shopDisney di Asia Tenggara mempamerkan komitmen berterusan kami ke rantau ini, mengembangkan tawaran kami untuk bertemu pengguna di mana mereka berada – dalam talian,” kata Dan Dossa, Naib Presiden & Pengurus Besar Syarikat Walt Disney bagi Produk Pengguna Asia Tenggara, India dan MENA. “Sambungan daripada penceritaan Disney, shopDisney memperkenalkan cara baharu untuk peminat di rantau ini untuk berhubung dengan watak kegemaran mereka, membawa keajaiban itu lebih dekat ke rumah.”
Pelanggan di Malaysia boleh melihat segala produk tersedia malah servis terbaik daripada shopDisney termasuk barangan eksklusif untuk pelanggan Asia Pasifik dan penghantaran yang pantas.


Berikut adalah senarai barang yang anda boleh dapatkan dalam shopDisney mulai minggu ini:
- Produk original daripada Disney Park – Spirit Jerseys, Loungefly Backpacks, Ear Headbands
- Barang peralatan rumah – Cawan, pinggan, keperluan dapur dan banyak lagi.
- Koleksi global – Anak patung Edisi Terhad seperti set anak patung Mickey & Minnie dan Disney Designer Collection yang menampilkan Aurora, Moana, Merida dan Snow White terbaharu
- Fesyen & Aksesori – baju t-shirt Doctor Strange, Thor Marvel’s Hawkeye, Disney Turning Red dan banyak lagi.

Mulai hari ini, anda boleh membeli belah di shopDisney dan dapatkan barang-barang istimewa yang menampilkan watak-watak kegemaran. Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan barang-barang eksklusif dari Disney. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik berkenaan game, anime, teknologi dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post