Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Might & Magic Heroes: Era of Chaos akan datang tahun ini di Android & iOS! Pre-register sekarang!

Merupakan judul terkini dalam francais klasik strategi Might & Magic.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Might & Magic Heroes: Era of Chaos akan datang tahun ini di Android & iOS! Pre-register sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa pra-pendaftaran kini dibuka untuk permainan free-to-play terbaru Might & Magic Heroes: Era of Chaos. Mencipta pengalaman untuk pelantar mudah alih, Might & Magic Heroes: Era of Chaos menjemput pemain untuk membina tentera Hero ikonik dan unit dari francais, semuanya dicipta semula dengan gaya seni tersendiri.

Pemain akan mengawal tentera mereka dalam pengalaman RPG taktikal baru untuk mencabar kedua-dua mode single-player dan multiplayer, termasuk kempen acara Heroes of Might & Magic III. sebuah klasik kegemaran ramai.

Berikutan kisah Heroes of Might & Magic III, kempen di Might & Magic Heroes: Era of Chaos membawa pemain kembali ke dunia Erathia. Selepas kehilangan King Roland Ironfist of Enroth, isterinya, Queen Catherine, ditinggalkan untuk memerintah sendiri. Sementara itu, bapa dia, King Gryphonheart of Erathia, dibunuh. Tanpa raja yang dikasihi, kerajaan Erathia jatuh ke kuasa gelap. Queen Catherine kembali ke Erathia untuk menyatukan rakyatnya dan memimpin mereka menentang kejahatan yang telah merosakkan kerajaan mereka.

Kempen ini hanya salah satu daripada sembilan mode permainan berbeza di mana bakal pemain dapat menguji keberanian mereka di Might & Magic Heroes: Era of Chaos. Mod PvE single-player mengandungi Campaign, Special Mode dan tambahan level di Underground. Di samping itu, mode Multiplayer dan Guild mewajibkan pemain bekerjasama dan bersaing antara satu sama lain dari seluruh dunia.

Permainan strategik memerlukan analisis yang menyeluruh ke atas medan perang dan posisi tentera yang berhati-hati sebelum peperamngan. Setelah bermula, tentera secara automatik akan bertindak, tetapi pemain masih boleh mengubah rentak peperangan dengan menggunakan Hero. Sambil pemain maju, Hero baru akan menyertai pertarungan. Dari half-human, Yoh separuh-jin hingga ke barbarian Shiva, peminat siri dapat mengumpul dan menikmati watak-watak kegemaran mereka dalam gaya seni baru yang cantik dan terperinci, sementara menggunakan kebolehan baru mereka untuk mendapatkan kelebihan dalam peperangan.

Pemain boleh pra-dafter di laman rasmi mereka untuk dapatkan skin Pirate Catherine dan Legendary Pack apabila permainan dilancarkan menjelang akhir tahun ini.

 

1 of 4
- +
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ErathiaMight & Magic Heroes: Era of ChaosPra-pendaftaranQueen Catherineubisoft
Previous Post

Tonton Grand Finals TOM CLANCY’S RAINBOW SIX: Pro League Season X yang bermula pada 9 November

Next Post

Game PERCUMA seterusnya di Epic Games Store ialah Nuclear Throne & RUINER!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game PERCUMA seterusnya di Epic Games Store ialah Nuclear Throne & RUINER!

Game PERCUMA seterusnya di Epic Games Store ialah Nuclear Throne & RUINER!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd