Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Microsoft dedahkan Xbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core, khas untuk Xbox & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2022
in Aksesori, Artikel, Berita, PC, Teknologi, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Microsoft dedahkan Xbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core, khas untuk Xbox & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2019, Microsoft mengeluarkan gamepad Xbox Elite Wireless Controller Series 2 berharga $179.99 yang disertakan dengan ciri-ciri seperti cengkaman yang ditambahbaik, thumbstick boleh laras dan hair trigger lock tambahan. Kini, Xbox telah mendedahkan satu lagi controller baru iaitu Elite Wireless Controller Series 2 – Core!

Xbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core datang dalam warna putih dan mempunyai semua bahagian penting daripada controller Elite, termasuk cengkaman jenis bergetah, hari trigger lock yang lebih pendek dan thumbstick boleh laras. Tambahan pula, ia mempunyai jangka hayat bateri sehingga 40 jam dan dilengkapi dengan semua pilihan customization yang tersedia untuk pemilik Elite Series 2.

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan besar antara edisi standard dan Core. Controller Elite Series 2 edisi standard dilengkapi dengan set premium yang boleh ditukar ganti termasuk bentuk paddle -berbeza, D-pad berbeza dan thumbstick berbeza yang tiada dalam versi Core. Selain itu, ia mempunyai casing khas dan charging dock yang tidak disertakan dengan varian Core.

Akibatnya, Microsoft telah menetapkan harga Xbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core pada $129.99. Pelanggan yang ingin membeli bahagian yang boleh ditukar ganti boleh memilih untuk membeli Complete Component Pack pada harga $59.99. Peminat di pasaran terpilih boleh membuat pra-pesanan kedua-dua controller dan bahagian yang boleh ditukar ganti mulai hari ini.

Akhir sekali, Microsoft turut mengesahkan bahawa controller Elite Series 2 akan dibawa ke Xbox Design Lab pada musim cuti ini, yang membolehkan pengguna mengubahsuai peranti mereka mengikut citarasa masing-masing.

Berikut adalah antara ciri-ciri Xbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core:

  • Alami Xbox Elite Wireless Controller Series 2 yang menampilkan thumbstick boleh laras, cengkaman bergetah dan hair trigger lock yang lebih pendek.
  • Nikmati customization tanpa had dengan komponen yang boleh ditukar ganti dan pilihan mapping butang eksklusif dalam aplikasi Xbox Accessories.
  • Tukar thumbstick, D-pad dan paddle untuk mengubahsuai controller dengan gaya gaming pilihan anda.
  • Kekal dalam game dengan bateri boleh dicas semula sehingga 40 jam.
  • Gunakan Xbox Wireless, Bluetooth atau kabel USB-C yang disertakan untuk bermain di peranti Xbox Series X|S, Xbox One dan Windows 10/11.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Xbox, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ControllerxboxXbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core
Previous Post

The Witcher Saga Terbaru Akan Hadir Dengan Lebih Banyak Game! Witcher 3 Next-gen Tetap Lancar Tahun ini!

Next Post

Tiket Fan Screening ONE PIECE FILM RED Kini Membawa Light Stick Uta! Beli Tiket di GSC Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Tiket Fan Screening ONE PIECE FILM RED Kini Membawa Light Stick Uta! Beli Tiket di GSC Sekarang!

Tiket Fan Screening ONE PIECE FILM RED Kini Membawa Light Stick Uta! Beli Tiket di GSC Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd