Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Miasma Chronicles akan keluar 24 Mei 2023, digital sahaja – game taktikal di dunia apokaliptik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 23, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Pameran/Expo, PC, PS5, Real time strategy, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Miasma Chronicles akan keluar 24 Mei 2023, digital sahaja – game taktikal di dunia apokaliptik!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Game Developers Conference tahun ini, 505 Games dan The Bearded Ladies (pencipta Mutant Year Zero: Road to Eden) mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan ‘Miasma Chronicles‘, sebuah game taktikal pasca-apokaliptik pada 24 Mei 2023 di platform PC Steam dan Epic Games Store, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Berikut adalah trailer untuk gambaran umum:

Pada masa hadapan. Amerika telah dipecahkan oleh entiti berbahaya dikenali sebagai “Miasma”, yang mengubah semua umat manusia menjadi korupsi dengan hanya satu sentuhan.

Kita bermain sebagai Elvis, seorang lelaki muda yang ditinggalkan oleh ibunya di bandar perlombongan Sedentary semasa bayi. Ditemani oleh ‘abang’ robotnya, Diggs dan diberi sarung tangan misteri yang boleh digunakan untuk mengawal Miasma, mereka mesti membongkar misteri tentang entiti itu yang mengancam sisa-sisa terakhir umat manusia.

Dalam perjalanan, Elvis dan Diggs ditemani oleh beberapa watak-watak unik ketika meneroka tanah tandus pasca-apokaliptik untuk mencari jawapan yang mereka ingin. Jawapan yang mungkin mengubah sejarah manusia selama-lamanya.

Seperti saya kata awal tadi, Miasma Chronicles adalah game taktikal turn-based yang memfokuskan pada pertarungan melawan musuh manusia, robot, dan alam semula jadi. Gunakan segala kelebihan yang ada termasuk menyerang hendap, menyelinap belakang musuh, menggunakan senjata dengan pelbagai kuasa/abiliti dan kuasa Miasma untuk menguasai medan perang.

Selain itu, pihak pemaju mahukan pengalaman taktikal yang lebih mudah untuk pemain baharu – jadi, mereka memperkenalkan dua cara untuk bermain:

  • Light Tactical – Direka supaya lebih mudah untuk difahami bagi pemain yang baharu pada game taktikal.
  • Full Tactical – Ini ialah pengalaman taktikal RNG penuh, yang pasti akan disukai oleh pemain veteran/mahir.

Sekali lagi saya ingatkan, Miasma Chronicles akan dilancarkan secara digital pada 24 Mei 2023 untuk PC Steam dan Epic Games Store, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada harga RM109.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gdcMiasma Chronicles
Previous Post

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

Next Post

Voice of Cards Trilogy bersama DLC kini tersedia di PS4, Switch, Steam & mobile!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Voice of Cards Trilogy bersama DLC kini tersedia di PS4, Switch, Steam & mobile!

Voice of Cards Trilogy bersama DLC kini tersedia di PS4, Switch, Steam & mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd