SEGA telah mengumumkan bahawa Studio Zero oleh ATLUS bakal mengadakan livestream khas pada 23 April mengenai game terbaru mereka, Metaphor: ReFantazio. Studio itu akan mengongsikan pelbagai maklumat baru mengenai game itu semasa livestream.

Dimaklumkan bahawa livestream Metaphor: ReFantazio itu akan bersiaran selama 30 minit melalui saluran YouTube rasmi SEGA Asia. Mesti ada banyak perkara menarik tentang game akan didedahkan nanti. Ada kemungkinan juga tarikh pelancaran mungkin diumumkan. Jadi buat adna yang tidak mahu melepaskan livestream ini, jangan lupa untuk klik butang “notify me” di livestream tersebut. Ia akan mula disiarkan pada jam 6 pagi!
Memandangkan livestream ini dalam bahasa Jepun, akan ada sari kata bahasa Inggeris untuk anda rujuk semasa livestream. Jadi tidak ada masalah untuk anda menontonnya nanti.
Tentang Metaphor: ReFantazio
Daripada minda kreatif di sebalik Persona 3, 4 dan 5, maka terciptanya Metaphor: ReFantazio, Game RPG baharu oleh Studio Zero. Game ini bakal membawa anda ke sebuah dunia fantasi, di mana protagonis akan melalui pengembaraan bersama temannya, Gallica untuk menghapuskan sumpahan pada putera diraja yang hilang.

Anda anda mengawal takdir, berdepan dengan ketakutan dan membangkitkan kuasa “Archetype” yang lena di lubuk hati anda. Dengan membangkitkan “Archetype”, anda akan membuka kuasa baharu untuk disalur dan digabungkan dengan kelas kerja unik. Kuatkan hubungan anda dan bina parti tersendiri untuk tumpaskan musuh hebat dan terokai perkara sebenar yang tentang kerajaan.

Metaphor: ReFantazio akan dilancarkan pada hujung tahun ini di PS5, PS4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam! Untuk mendapatkan info lanjut mengenai game ini daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post