Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Metal Gear Solid Delta: Snake Eater Akan Datang Pada 28 Ogos – Dibocorkan Oleh PlayStation!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 7, 2025
in Artikel, Berita, PC, PS5, Remake, Stealth, Steam, Survival, Xbox Series X|S
0 0
0
Metal Gear Solid Delta: Snake Eater Akan Datang Pada 28 Ogos – Dibocorkan Oleh PlayStation!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah trailer yang bocor di PlayStation Store telah mendedahkan bahawa Metal Gear Solid Delta: Snake Eater, iaitu versi remake bagi game ikonik tahun 2004, Metal Gear Solid 3: Snake Eater, akan dilancarkan pada 28 Ogos. Game ini bakal tersedia di PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam.

Bab Baharu dalam Legasi Metal Gear

Metal Gear Solid Delta: Snake Eater merupakan sebuah game action-adventure stealth yang menampilkan teknologi moden untuk menghidupkan semula pengalaman asal.

Berlatarbelakangkan tahun 1964 ketika kemuncak Perang Dingin, pemain akan mengikuti perjalanan ejen legenda FOX, Naked Snake, dalam misi berbahaya untuk menyelamatkan seorang saintis roket Rusia, mensabotaj senjata nuklear Soviet yang dikenali sebagai Shagohod, dan berdepan dengan mentornya, The Boss.

Game ini ini mengekalkan elemen utama seperti stealth, survival, serta penyusupan ke dalam persekitaran hutan yang mencabar, sambil membawa pelbagai penambahbaikan moden.

Kredit: Konami

Dengan menggunakan Unreal Engine 5, versi remake ini menawarkan grafik generasi baharu yang menghidupkan semula setiap aspek dunia permainan. Antara naik taraf yang ketara ialah sistem “battle damage” yang lebih realistik, di mana pakaian Snake akan menunjukkan kesan koyakan, lebam, dan luka tembakan yang muncul secara masa nyata.

Selain itu, sistem penyamaran juga diperbaharui dengan objek yang kekal pada pakaian Snake—contohnya, daun boleh melekat pada peralatan dan lumpur akan mengotori pakaian, meningkatkan lagi tahap realisme.

Kredit: Konami

Pemain boleh memilih antara dua gaya kawalan: “New Style” yang lebih moden dan intuitif bagi pengalaman aksi yang lebih lancar, atau “Legacy Style” yang mengekalkan kawalan serta sudut kamera klasik dari game asal bagi mereka yang ingin merasai nostalgia versi terdahulu.

Jalan cerita, watak, lakonan suara, serta muzik ikonik dari Metal Gear Solid 3 dikekalkan dan diberi nafas baharu dalam versi ini. Setiap babak sinematik telah dibina semula dengan teliti, memastikan pengalaman yang lebih autentik untuk peminat lama dan juga pemain baharu.

Kredit: Konami

Sebagai tambahan, trailer tersebut turut mengusik tentang beberapa game mode baharu, termasuk kepulangan mod unik Snake vs. Monkey. Dalam mod ini, pemain akan mengawal Snake untuk menangkap monyet-monyet yang terlepas dan berlari-lari di setiap peringkat—yang menambah unsur humor dalam pengalaman permainan.

Anda boleh melayari laman web rasmi untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Metal Gear Solid Delta: Snake Eater
ShareTweetSend
Previous Post

Bersedia untuk MTG Aetherdrift – Acara Pra-Lancar Eksklusif Bermula 7 Feb di Malaysia!

Next Post

GTA 6 Tetap Akan Keluar “Musim Luruh 2025”, Menurut Bos Besar Take-Two Interactive!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
GTA 6 Tetap Akan Keluar “Musim Luruh 2025”, Menurut Bos Besar Take-Two Interactive!

GTA 6 Tetap Akan Keluar "Musim Luruh 2025", Menurut Bos Besar Take-Two Interactive!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd