Nampaknya politik di negara Itali menjadi agak riuh, lebih-lebih lagi apabila mesyuarat maya yang diadakan kena hack dan dipaksa menonton video porno yang mengandungi watak Final Fantasy VII, Tifa Lockhart dan Genshin Impact, Xiangling.
Perkara ini terjadi semasa mereka mengadakan perjumpaan secara maya menggunakan Zoom. Sewaktu pemenang Nobel Prize, Giorgoi Parisi diperkenalkan, secara tiba-tiba panggilan Zoom itu diambil alih oleh pengguna bernama Alex Spence. Pengguna tersebut telah memasang mod “Presentation” lalu menayangkan video porno Tifa Lockhart. Sudah tentu video itu merupakan video rekaan sahaja.

Walau bagaimanapun, seperti yang selalu berlaku dalam politik, mereka ini agak lambat bertindak terhadap perkara itu. Pengacara sesi dan Five Star Movement Senator, Maria Laura Mantovani meneruskan sesi pengenalan. Pada waktu itu, seramai 113 penonton Itali yang melihat siaran langsung tersebut yang masih lagi menunjukkan video porno tersebut.
Walaupun klip tersebut tular secara meluas dalam talian, Dagospia nampaknya telah menjumpai sambungan daripada panggilan zoom itu. Klip itu menunjukkan bahawa ahli politik dalam zoom itu telah memanggil keluar hacker tersebut. Nampaknya dia mempunyai video lain yang tersedia untuk ditayangkan, dan pada waktu itu jugalah dia menunjukkan video lucah lain yang menampilkan Xiangling, salah seorang watak dalam game Genshin Impact.

Perkara itu agak berlanjutan sehinggalah mereka berjaya mematikan panggilan video tersebut. Video yang telah dirakam daripada mesyuarat itu telah diedit dengan membuang segala klip yang mempunyai adegan lucah tersebut.
Macam-macam perangai betul hacker sekarang ini. Dahsyat juga senjata yang dia gunakan pada ahli-ahli politik dalam panggilan Zoom itu. Sudah pasti ahli senat Itali akan memperketatkan lagi keselamatan semasa berjumpa secara maya untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang. Bayangkan anda sedang berada dalam panggilan Zoom yang mempunyai penonton daripada golongan muda? Apa yang anda akan lakukan?
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post