Akira merupakan sebuah anime aksi cyberpunk yang telah diarahkan oleh Katushiro Otomo dan memenangi pelbagai anugerah. Ianya memang sebuah anime klasik dan ramai peminat anime tahu mengenainya. Baru-baru ini, filem anime tersebut telah ditayangkan melalui Youtube secara percuma di Jepun sempena menyambut hari percutian tersebut. Jadi, lebih ramai yang dapat meluangkan masa dengan menonton filem. Tetapi ada sesuatu yang disedari oleh penonton filem tersebut. Rupa-rupanya dalam scene Akira, ada mesej aduan yang telah diletakkan oleh juruanimasi filem tersebut.

Melalui akaun Twitter HikozaTwi, dia menunjukkan bahawa pada minit ke-38 filem tersebut, tanda tanda amaran pada sebuah mesin perubatan. Jika dilihat biasa sahaja, ia seperti bahasa Inggeris yang biasa tertulis. Tetapi sebenarnya tidak. Ia sebenarnya mesej dalam bahasa Jepun tetapi menggunakan perkataan Inggeris. Berikut adalah terjemahan untuk mesej tersebut:
“Kenapa perlu buat sampai macam ni! Cukuplah! “
Nampaknya juruanimasi tersebut sudah penat melukis segala perincian untuk anime tersebut. Memang tidak pelik juga bila juruanimasi mengadu mengenainya. Untuk menghasilkan animasi memang susah, lebih-lebih lagi jika ia perlukan perincian yang lebih yang sememangnya memakan masa, usaha dan tenaga yang banyak.
Jika anda ingin tahu, filem Akira ini merupakan adaptasi daripada manga dengan tajuk yang sama. Sejak itu, manga dan anime tersebut menjadi salah satu siri yang terkenal dan masih popular dalam kalangan peminat anime. Filem ini juga telah mendapat versi remaster 4K pada Blu-ray, jadi anda akan dapat menontonnya dengan lebih jelas. Berikut adalah sinopsis untuk Akira:
Jepun, 1988. Letupan yang disebabkan oleh seorang budak lelaki yang mempunyai kuasa psikik memusnahkan bandar Tokyo dan menyalakan api yang boleh menyebabkan Perang Dunia III. Untuk mengelakkan kemusnahan berterusan, dia ditangkap dan ditahan dan tidak akan didengari lagi. Kini, pada tahun 2019, versi bandar yang dipulihkan dikenali sebagai Neo-Tokyo, yang merupakan sebuah kawasan yang penuh dengan keganasan. Di sinilah, Shoutarou Kaneda mengetuai sebuah kumpulan iaitu “The Capsules” yang merupakan kumpulan yang suka menunggang motosikal besar dan sering mempunyai konflik dengan musuh mereka iaitu “The Clowns.”
Semasa salah satu pertempuran yang terjadi, kawan baik Shoutarou, Tetsu Shima telah terperangkap dalam satu kemalangan dengan esper yang mendapati dirinya berada di jalanan Tokyo selepas melarikan diri dari penjara kerajaan. Pertemuan ini membuatkan Tetsuo mula mengembangkan kebolehan misterinya sendiri sambil kerajaan berusaha untuk mengasingkan psikik terbaru itu dalam usaha untuk menghalangnya daripada melepaskan kuasa pemusnah yang boleh memusnahkan bandar itu sekali lagi.
Sumber: myanimelist
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai anime, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post