Dengan bermulanya acara Encounter Genshin Teleport semalam, ramai peminat Genshin Impact telah hadir memeriahkan acara tersebut di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bukan setakat itu sahaja, acara tersebut juga mempunyai quest yang peminat boleh ambil bahagian untuk memenangi hadiah menarik.

Waypoint Teleport itu terletak berdekatan Lot 10 dan dikelilingi oleh watak-watak game tersebut dan ini termasuklah beberapa watak terbaru yang hadir dalam kemas kini Genshin Impact 3.0. Ada Tighnari, Dori dan Collei. Tidak dilupakan juga watak Traveler kesukaan semua. Walaupun Waypoint itu kelihatan seperti benda sebenar, malang sekali anda tidak boleh teleport ke dunia Genshin. Tetapi kalau nak berangan tidak menjadi masalah.

Apapun HoYoverse membuat keputusan yang baik untuk meletakkan Waypoint Teleport Genshin Impact ini. Ia betul-betul berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur serta mempunyai skrin yang menunjukkan iklan game tersebut. Memang meriah habis.
Peliklah kalau tiada cosplayer Genshin betul tidak? Turut serta di lokasi Waypoint itu, beberapa peminat telah hadir dengan cosplay watak Genshin Impact. Ada juga antara mereka yang telah diupah oleh penganjur untuk acara tersebut. Sempat jugalah kami mengambil gambar dengan beberapa orang cosplayer yang mengenakan kostum Ganyu, Zhongli, Heizou dan ramai lagilah!

Paling menarik, ada juga peminat yang gacha di hadapan teleport tersebut dengan harapan untuk mendapatkan watak 5 star yang mereka inginkan. Ada yang berjaya mendapatkannya dan sudah tentu ada juga yang kecewa.
Apapun semua peminat yang hadir gembira dapat bergambar di Waypoint Teleport tersebut. Anda yang teringin untuk ke sana, pastikan untuk pergi sebelum 6 September nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post