Video YouTube terbaharu MrBeast, di mana dia membiayai pembedahan untuk seribu orang buta, telah menerima banyak kritikan di internet selepas orang ramai menuduhnya menggunakan kekurangan orang lain untuk memperoleh tontonan dan populariti.
Jimmy Donaldson, lebih dikenali sebagai MrBeast, telah memuat naik video berjudul ” 1,000 Blind People See For The First Time (1,000 Orang Buta Melihat Buat Kali Pertama)” di YouTube dan tidak menghairankan, ia menjadi viral dengan begitu pantas hingga berjaya mengumpul sebanyak 100 juta* tontonan dalam tempoh masa 12 hari.
*Jumlah tontonan saat artikel ini ditulis*
Dalam video di atas, MrBeast menyatakan bahawa 200 juta individu di seluruh dunia mempunyai masalah penglihatan dan merasa seolah-olah seperti ada “awan menghalang pandangan” mereka.
Seorang pakar bedah yang bercakap dengan MrBeaset kemudian menjelaskan bahawa separuh daripada semua masalah penglihatan mata di dunia boleh disembuhkan dengan pembedahan mudah selama sepuluh minit.

Di sini, MrBeast membuat keputusan untuk membiayai pembedahan “buang katarak” bagi 1,000 orang buta di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, MrBeast turut memberikan sejumlah besar wang tunai dan beberapa biji kereta Tesla kepada orang yang tidak dikenali, serta mendermakan $100,000 kepada pertubuhan berkaitan.
Tetapi sejumlah besar penonton mengkritik projek dermawannya dan meluahkan rasa marah mereka kepada MrBeast kerana tidak bercakap tentang sistem kesihatan Amerika Syarikat yang tidak adil.
Ramai kata “ini hanya solusi sementara kerana isu sebenar terletak di kerajaan Amerika Syarikat” yang “meletakkan harga mahal pada pembedahan yang murah”.

Supaya semua faham, pembedahan ‘Small Incision Manual Cataract’ (pembedahan yang dilakukan dalam video) menelan kos kurang daripada $16 (lebih kurang RM 69+), menurut Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat.
Namun pesakit terpaksa membayar sehingga $2,400 kerana beberapa isu seperti servis doktor dan jururawat, rawatan tambahan, konsultasi dan sebagainya.
Sehari selepas perbincangan hangat itu, MrBeast memberi komen tentang isu tersebut melalu Tweet, dan juga tertanya-tanya mengapa kerajaan AS tidak membayar untuk pembedahan sedemikian.
“Saya tidak faham mengapa [masalah] buta yang boleh disembuhkan menjadi isu. Mengapa kerajaan tidak campur tangan dan membantu?”
“Walaupun anda berfikir semata-mata dari sudut kewangan, sukar untuk melihat bagaimana mereka tidak mendapat ROI (return on investment) ke atas cukai daripada orang yang boleh bekerja semula.”
Pada masa yang sama, ramai menganggap bahawa MrBeast sanggup melakukan kerja dermawan seperti ini, bukan kerana keikhlasan hatinya tetapi untuk kemasyhuran dan wang. Komen ini menjadi sangat negatif sehingga ramai menuduh mengambil kesempatan ke atas orang buta untuk mendapatkan ‘views’ semata-mata.
Selepas membaca tweet seperti, keesokan harinya MrBeast meluahkan kekecewaan di Twitter kerana anggap usahanya tidak dihargai oleh penonton. Dia berkata:
“Twitter – Orang kaya harus membantu orang lain dengan duit mereka”
“Saya – Baiklah, saya akan gunakan duit saya untuk membantu orang dan saya berjanji untuk memberikan semua duit saya sebelum saya mati. Setiap satu sen.”
Twitter – MrBeast jahat.”
Apa pendapat korang? Jom beri komen anda! Untuk membaca segala berita kami tentang MrBeast, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post