Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mengganas Sebagai Spiritborn, Kelas Terbaru Dalam Diablo IV!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 19, 2024
in Artikel, Battle.net, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Mengganas Sebagai Spiritborn, Kelas Terbaru Dalam Diablo IV!
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang apex predator dari hutan rimba akan menyertai perjuangan menentang kegelapan tidak lama lagi… Memperkenalkan Spiritborn, kelas terbaharu dalam siri Diablo, yang menyeru kekuatan unik Spirit Guardian Jaguar, Gorilla, Eagle dan Centipede untuk mengatasi sebarang mimpi ngeri!

Secara khusus lagi, Spiritborn adalah kelas terbaharu untuk Diablo IV, dan boleh dimainkan dalam expansion Vessel of Hatred, yang perlu dibeli oleh pemain. Sebelum menjelaskan gameplay dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah:

Gameplay

Kredit: Blizzard Entertainment

Spiritborn ialah pahlawan serba boleh yang menggunakan kekuatan unik empat Spirit Guardian (Jaguar, Gorilla, Eagle dan Centipede) untuk menggabungkan serangan kombo tiga-pukulan yang dahsyat dan aksi akrobatik lancar. Spiritborn menggunakan senjata ‘two-handed’ termasuk glaive dan quarterstaff, dan boleh beralih antara serangan fizikal dan elemental. ‘Vigor’ pula adalah sumber utama bagi kelas ini.

Empat Spirit Guardian masing-masing menawarkan corak permainan yang berbeza, dan pemain boleh memilih untuk fokus pada satu Spirit Guardian atau mencampur dan memadankan kemahiran mereka. Setiap satu mempunyai tema gameplay berbeza dengan kepakaran masing-masing, atau boleh dikongsi untuk mencipta build sepenuhnya hibrid.

Balazan, the Centipede

Kredit: Blizzard Entertainment

Spirit Guardian Centipede boleh dianggap sebagai manifestasi kematian, dan memberi tumpuan kepada ‘damage over time’, ‘crowd control’, ‘debuffs, ‘thorn’, ‘healing’, dan ‘Vulnerability’. Skil Centipede menggunakan elemen ‘Poison’.

Kwatli, the Eagle

Kredit: Blizzard Entertainment

Kemahiran Spirit Guardian Eagle amat bahaya dan tepat, dan fokus pada pergerakan dengan meningkatkan skil ‘Evade’, ‘critical hit’, ‘barrier ‘dan ‘Vulnerability’. Serangan Eagle lebih ke arah mid-range dan menggunakan elemen Lightning. Ultimate skil milik Eagle, The Seeker, adalah ultimate pertama dengan lebih satu cas.

Rezoka, the Jaguar

Kredit: Blizzard Entertainment

Spirit Guardian Jaguar datang menyerang tanpa henti, dengan tumpuan pada ‘aggression’, ‘attack speed’, ‘kill streak’, ‘critical hit’, ‘dodge ‘dan ‘healing’. Jaguar menggunakan elemen ‘Fire ‘dan menampilkan Class Resource baharu bernama ‘Ferocity’, yang memberikan attack speed serangan tambahan dengan setiap stack.

Wumba, the Gorilla

Kredit: Blizzard Entertainment

Guardian Spirit Gorilla ialah tanda kekebalan, dengan fokus pada ‘defense’, ‘blocking’, ‘barrier’, ‘dodge’, ‘thorn ‘dan ‘retribution’. Gorilla melakukan damage physical dan menampilkan Classs Resource baharu bernama ‘Resolve’, yang memberikan damage reduction sebanyak 20% semasa anda mempunyai stack. Resolve boleh stack sehingga 8 kali secara default, dan mengambil damage akan memakan satu stack tersebut.

Spirit Hall

Kredit: Blizzard Entertainment

Class Mechanic milik Spiritborn ialah ‘Spirit Hall’, yang membolehkan pemain memilih ‘Primary Spirit’ dan ‘Secondary Spirit’.

Primary Spirit memberikan bonus unik dan menandakan semua skil pemain kepada jenis Spirit Guardian yang dipilih manakala Secondary Spirit menyediakan atau mempertingkatkan mekanik Spirit Guardian itu, seperti stack Ferocity daripada Jaguar atau stack Resolve daripada Gorilla.

Jika anda ingin menonton strim langsung penuh untuk mengetahui semua butiran, lihat video di bawah.

Sekali lagi saya ingatkan, kelas Spiritborn akan hadir dengan expansion Vessel of Hatred pada 8 Oktober. Selain kelas dan naratif baru, expansion ini juga akan memberi akses kepada pelbagai ganjaran menarik lain – jadi pre-purchase sekarang selagi ada masa!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Diablo IVSpiritborn
ShareTweetSend
Previous Post

Video Khas Dibuat Untuk ‘Digimon Adventure’ – Banyak Adegan Baru, Tidak Ada Dalam Anime Original!

Next Post

Jom Sertai GSC Popcorn Run – Sonic The Hedgehog 3!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Jom Sertai GSC Popcorn Run – Sonic The Hedgehog 3!

Jom Sertai GSC Popcorn Run - Sonic The Hedgehog 3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd