Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mengapa Kratos tidak boleh guna kuasa dewa daripada game God of War lama? Akhirnya terjawab!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 21, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PS4, PS5
0 0
0
Mengapa Kratos tidak boleh guna kuasa dewa daripada game God of War lama? Akhirnya terjawab!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak boleh dinafikan bahawa Kratos ialah salah satu watak paling kuat dalam sejarah permainan video, di mana dia terbukti dapat bersaing dengan dewa mitologi seperti Zeus, Poseidon, Baldur dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, ramai watak daripada God of War 2018 dan God of War Ragnarok tertanya mengapa Kratos tidak kuat seperti dahulu malah juga kehilangan hampir semua kuasa dewanya daripada Olympus.

Akhirnya kita ada jawapan.

Bertahun-tahun ramai peminat tertanya mengapa Kratos tidak menggunakan kuasa dewa yang diperolehinya semasa di Olympus. Majoriti peminat membuat spekulasi bahawa kuasa ini tidak lagi berfungsi apabila Kratos beredar daripada tanah Yunani, manakala ada yang kata pemaju sengaja melemahkan dia untuk tujuan jalan cerita baru.

Misteri ini akhirnya terungkai dalam God of War Ragnarok, yang memberi sebab cukup konkrit semasa perbualan antara Mimir dan Atreus.

Sama seperti God of War 2018, Mimir, Kratos dan Atreus akan bertukar-tukar cerita dan bersembang semasa menaiki bot dan maju di antara objektif dalam God of War Ragnarok. Dirakam oleh YouTuber TriniBerry Gaming, Mimir bertanya kepada Kratos tentang zamannya di Yunani dan kuasa yang dimiliki oleh dewa-dewa di sana.

Mimir pernah dengar kisah bahawa dewa Yunani boleh menggunakan “setiap kuasa yang boleh dibayangkan” dan bertanya kepada Kratos jika itu benar. Kratos mengesahkan itu semua betul dan juga menambah bahawa dia juga boleh menggunakan semua kuasa itu juga (tetapi tidak memberitahu kuasa itu hanya boleh diperoleh dengan membunuh dewa tersebut).

Kratos kemudian kata dia cuba untuk menggunakan kuasa itu semula, tetapi ia tidak pernah berhasil. Ini membuktikan dia bukan sengaja “tidak ingin menggunakannya tetapi sebenarnya tidak boleh”.

Di sini, Atreus memberi penjelasan paling munasabah tentang mengapa Kratos tidak boleh menggunakan kuasa dewanya:

“Freya kata magic terikat di bumi. Apabila tanah air anda mati, kuasa anda mungkin mengikutinya sekali”.

Walaupun ini hanyalah spekulasi oleh Atreus, ini mungkin adalah penjelasan rasmi mengapa Kratos tidak boleh menggunakan kuasa petirnya seperti Zeus lagi.

Apa yang herannya; mengapa Kratos masih boleh menggunakan kuasa api Blades of Chaos? Adakah ini plot hole yang tidak disangka? Jom bincangkan di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang God of War Ragnarok, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: God Of WarKratos
Previous Post

[Review] The Valiant – Perjalanan menarik bagi game RTS & mudah untuk para beginner!

Next Post

Promosi terhad PlayStation “Black Friday” bermula! Game, DualSense, PS Plus harga diskaun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Promosi terhad PlayStation “Black Friday” bermula! Game, DualSense, PS Plus harga diskaun!

Promosi terhad PlayStation "Black Friday" bermula! Game, DualSense, PS Plus harga diskaun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd