Selepas didakwa dengan jenayah pecah rumah di Vermont, Ezra Miller kini tampil dengan mengatakan yang dia sedang mencari rawatan untuk isu kesihatan mental yang kompleks.
Kenyataan ini telah diberikan kepada Variety daripada wakil Ezra Miller. Sejak kebelakangan ini, tingkah laku Miller sangat membimbangkan sehingga dibawa kepada beberapa isu-isu undang-undang dan dakwaan serta isu penderaan. Miller juga meminta maaf atas tindakannya.

Setelah baru-baru ini melalui masa krisis yang teruk, saya kini memahami bahawa saya mengalami masalah kesihatan mental yang kompleks dan telah memulakan rawatan berterusan. Saya ingin meminta maaf kepada semua orang bahawa saya bimbang dan kecewa dengan tingkah laku saya yang lalu. Saya komited untuk melakukan kerja yang diperlukan untuk kembali ke tahap yang sihat, selamat dan produktif dalam hidup saya.
Menurut Ezra Miller

Selepas polis negeri Vermont menyiasat kejadian melibatkan beberapa botol alkohol diambil dari sebuah kediaman semasa tuan rumah tiada, Ezra Miller telah didakwa dengan jenayah pecah rumah di Vermont. Pelakon ini telah menjadi perbualan ramai sejak 2020 selepas rakaman yang menunjukkan dia mencekik wanita di Iceland dan tiada pertuduhan difailkan.
Pada tahun ini, dia telah ditangkap sebanyak dua kali di Hawaii atas sebab berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu orang sekeliling. Miller langsung tidak mengaku atas pertuduhan salah laku berkelakuan tidak senonoh dan membayar denda sebanyak $500 dan kos mahkamah $30. Manakala tuduhan gangguan telah ditolak.

Skandal ini telah menjadi isu yang sangat membosankan bukan sahaja pada Miller tetapi Warner Bros . Discovery yang membayar gaji pelakon itu dalam dua siri francaisnya iaitu filem DC Comics dan siri spin-off Harry Potter, Fantastic Beast.
Filem The Flash akan tiba pada tahun hadapan dan menjadi satu entri penting kepada DC Comics studio yang menampilkan Ben Affleck dan Michael Keaton sebagai Batman.

Lepas satu, satu hal lagi muncul. Tetapi kali ini, Ezra Miller mencari rawatan atas isu kesihatan mental yang kompleks. Elok juga tu, harap dia cari rawatan yang betul dan bukan sekadar menambah drama yang ada dalam dunia industri ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post