ASUS Malaysia kini menganjurkan satu peraduan menarik iaitu ASUS 899g Challenge, di mana anda berpeluang memenangi sebuah ASUS Zenbook A14 (UX3407) yang baharu bernilai RM4,999.
Laptop ultramudah alih ini merupakan PC Copilot+ paling ringan di Malaysia, dengan berat hanya 899g. Ia dilengkapi ciri-ciri AI terkini, prestasi yang hebat, dan sangat mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu, ASUS turut menawarkan ganjaran eksklusif kepada pembeli semasa kempen berlangsung – menjadikan sekarang waktu terbaik untuk alami sendiri kehebatan Zenbook A14.

Dalam cabaran ini, peserta hanya perlu mempamerkan secara kreatif betapa ringan dan praktikalnya Zenbook A14 untuk berpeluang membawa pulang satu unit secara percuma. Peraduan ini telah bermula dari 28 Mac 2025 hingga 4 Mei 2025, dan anda hanya perlu ikut tiga langkah mudah untuk turut serta:
- Alami Sendiri – Kunjungi mana-mana kedai ASUS untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan PC Copilot+ paling ringan ini serta mencuba ciri AI yang tersedia pada Zenbook A14.
- Kongsi di Media Sosial – Ambil gambar atau rakam video yang menyerlahkan betapa mudahnya laptop ini untuk dibawa, kemudian kongsikan di TikTok, Instagram atau Facebook (pastikan akaun anda dibuka kepada umum). Ceritakan apa yang paling anda gemari tentang Zenbook A14, tag @asusmalaysia, dan gunakan hashtag #ASUSZenbookA14 serta #ASUS899gChallenge.
- Hantar dan Menang – Hantar URL posting anda ke laman rasmi https://my.asus.click/asusaiexperience. Penyertaan paling kreatif akan memenangi sebuah Zenbook A14!

Untuk pembeli yang mendapatkan Zenbook A14 dari 1 April hingga 4 Mei 2025, anda juga layak menerima kredit eWallet bernilai RM89.90 dengan syarat turut menyertai cabaran ini. Maklumat lanjut dan terma penuh boleh didapati di laman rasmi ASUS Malaysia.
Kenapa Zenbook A14 Menyerlah?

Zenbook A14 (UX3407) edisi 2025 menetapkan standard baharu untuk laptop ultramudah alih. Dengan berat hanya 0.98 kg, ia lebih ringan daripada MacBook Air M3, dan binaannya menggunakan bahan Ceraluminum yang bukan sahaja 30% lebih ringan berbanding aluminium anodized, tetapi juga tiga kali lebih kuat.
Dikuasakan oleh cip Snapdragon X/X Plus dengan NPU 45 TOPS, Zenbook A14 menyokong pelbagai fungsi AI seperti Live Captions dan Clipchamp, menjadikannya sebahagian daripada barisan PC Copilot+.
Paparan OLED 14 inci dengan nisbah aspek 16:10 menawarkan visual yang hidup, kecerahan HDR sehingga 600 nits, walaupun skrin ini bukan sentuh dan kadar penyegarannya hanya 60Hz. Bateri 70Wh pula memberikan ketahanan luar biasa – sehingga 32 jam main balik video, atau lebih 20 jam untuk kegunaan biasa.

Sistem penyejukan dwi-kipas menyokong TDP hingga 45W dan boleh beroperasi hampir senyap dengan mod Whisper 0dB. Papan kekunci ErgoSense memberikan pengalaman menaip yang selesa dengan kekunci setebal 1.3mm, tahan kotoran, manakala pad sentuhnya besar, senyap dan menyokong pelbagai gerak isyarat pintar.
Dari segi sambungan, peranti ini dilengkapi Wi-Fi 7, dua port USB 4.0 Type-C, satu USB-A 3.2 Gen 2, HDMI 2.1, bicu audio 3.5mm, serta menyokong sehingga tiga paparan luaran.
@gamersantaimy
Discussion about this post