Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menangi “Motosikal Tema Mavuika” Apabila Genshin Impact Roadshow Melanda Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 27, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Gacha, Open World, Pameran/Expo, RPG, Tempatan
0 0
0
Menangi “Motosikal Tema Mavuika” Apabila Genshin Impact Roadshow Melanda Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Mavuika, Pyro Archon dari Natlan, akan tersedia sebagai watak boleh dimainkan mulai 1 Januari 2025 bersama pelancaran Genshin Impact Versi 5.3. Untuk meraikan pelancarannnya, HoYoverse menyediakan roadshow khas Genshin Impact di Malaysia di mana hadiah utama adalah sebuah motosikal bertemakan Mavuika!

Kredit: HoYoverse

Secara khusus, dari 3 Januari hingga 19 Januari 2025, peminat di Malaysia dijemput menyertai roadshow khas di Kuala Lumpur, Johor, dan Pulau Pinang. Lebih istimewa, ini adalah kali pertama Genshin Impact mengadakan acara di Pulau Pinang, menjadikannya peluang yang tidak patut dilepaskan oleh semua Travelers.

Berikut adalah lokasi dan tarikh acara:

  • Selangor: 3–5 Januari 2025
    • Lokasi: Sunway Pyramid, Oasis Lobby, Ground Floor
  • Johor: 10–12 Januari 2025
    • Lokasi: Toppen Shopping Centre, Green Zone, Ground Floor (Level P1)
  • Pulau Pinang: 17–19 Januari 2025
    • Lokasi: Queensbay Mall, 2nd Floor, South Zone
Kredit: HoYoverse

Peluang Menangi Motosikal Bertemakan Mavuika

Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik sambil mengumpul tiket cabutan bertuah untuk peluang memenangi motosikal eksklusif bertemakan Mavuika. Anda boleh mendapatkan tiket cabutan dengan:

  • Menyelesaikan semua tugasan di Activities Booth (akan terima 1 tiket).
  • Berbelanja sekurang-kurangnya RM45 di Merchandise Booth (1 tiket untuk setiap RM45 yang dibelanjakan).
    • Contoh: Pembelian berjumlah RM140 akan melayakkan anda menerima 3 tiket.

Setiap pemain boleh menebus maksimum 5 tiket cabutan sehari, tanpa had sepanjang tempoh acara.

Pemenang hadiah utama motosikal bertemakan Mavuika dan 20 pemenang hadiah perak (yang akan menerima Bundle Barangan Genshin Impact) akan diumumkan pada 19 Januari 2025, di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Kredit: HoYoverse

Hadiah Eksklusif Edisi Terhad

Selain itu, peserta juga boleh melengkapkan tugasan mudah di lokasi tadi untuk membawa pulang hadiah-hadiah istimewa:

  • Tatu badan sementara: Langgan Facebook Messenger rasmi atau e-mel Genshin Impact.
  • Kad gores dengan ganjaran in-game (termasuk Primogem): Muat naik gambar ke media sosial dengan #GenshinImpact dan #StandWithMavuika.
  • Set Angpau:
    • Tunjukkan bukti anda telah menuntut ganjaran Daily Commission daripada Katheryne (untuk pemain sedia ada).
    • Muat turun Genshin Impact atau Genshin Impact Cloud (untuk pemain baru).
Kredit: HoYoverse

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan roadshow Genshin Impact di Malaysia bersama peminat lain dan menyambut ketibaan Archon Natlan. Tandakan tarikh ini, dan jadi sebahagian daripada pengalaman istimewa ini! Untuk maklumat lanjut, layari halaman Facebook rasmi Genshin Impact.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactMalaysiaRoadshow
ShareTweetSend
Previous Post

Shueisha MANGA Plus Umum “Senarai Manga Baru Paling Popular Pada 2024!”

Next Post

ASUS ProArt P16, PX13 & PZ13 – Lepaskan Kreativiti Di Mana Sahaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
ASUS ProArt P16, PX13 & PZ13 – Lepaskan Kreativiti Di Mana Sahaja!

ASUS ProArt P16, PX13 & PZ13 - Lepaskan Kreativiti Di Mana Sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd