Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Menang pelbagai hadiah semasa acara ulang tahun pertama Eve Echoes!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2021
in Acara, Android, Artikel, Berita, Livestream, Mobile
0 0
0
Menang pelbagai hadiah semasa acara ulang tahun pertama Eve Echoes!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NetEase Games dan CCP Games telah mengumumkan sebuah acara siaran langsung akan datang untuk meraikan ulang tahun pertama Eve Echoes. Acara ini akan menampilkan pengurus komuniti, Joseph Derflinger, dan pereka permainan Melos dan Denis, di mana mereka akan membincangkan tentang masa depan Eve Echoes, hadiah percuma, acara-acara lain sempena ulang tahun pertama, dan menyelami proses pembangunan permainan. Siaran langsung ini akan diadakan pada 1 Ogos jam 9 pagi di mana peminat dapat menonton di halaman Youtube rasmi Eve Echoes.

Beberapa giveaway istimewa akan dibuat semasa acara ini jadi mereka yang menonton akan berpeluang memperoleh ganjaran dalam permainan, seperti Skill Point dan Ship Skin, serta hadiah fizikal termasuk AirPods Pro dan iPad Pro. Selain itu, berikut adalah antara topik yang bakal dibincangkan:

  1. Faction Wargames – Pemain yang ingin menguji kemahiran bertarung mereka tidak lama lagi akan berpeluang melakukannya dengan selamat, kerana mekanik Faction Wargames akan membenarkan mereka mengambil bahagian dalam pertempuran latihan.
  2. Data Site & Relic Site Baru – Tapak eksplorasi baru ini akan datang ke EVE Echoes pada masa akan datang.
  3. Struktur Corporation Baru – Maklumat mengenai struktur baru untuk bandar korporat.
  4. Tutorial baru – EVE Echoes akan menghasilkan tutorial yang diperbaharui, untuk memudahkan pemain baru belajar bagaimana permainan berfungsi.
  5. Dreadnaughts Akan Datang ke Permainan – Kapal Dreadnought akan ditambahkan ke Eve Echoes di masa depan, dan kekuatan mereka akan dipamerkan dalam sebuah teaser baru.
  6. Project Discovery – Bersama kerjasama Massively Multiplayer Online Science (MMOs), EVE Echoes akan mengintegrasikan Project Discovery ke dalam permainan, untuk membantu penyelidikan saintifik dengan mengkategorikan corak protein dan membantu membina peta biologi manusia.
  7. Mengoptimumkan Pengalaman Gaming– Menyediakan pengalaman gaming yang lebih baik dan lebih lancar dengan sentiasa menambahbaik server dan sistem serta memperbaiki bug dalam permainan.

Nantikan lebih banyak kemas kini mengenai masa depan Eve Echoes, dan pastikan anda menonton acara ulang tahun pertama permainan untuk melihat kandungan yang bakal ditambah ke dalam permainan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraAndroidEve EchoesLive StreamMobilenetease
Previous Post

Maharaja Streamer Soloz, XK Penjahat dan Daddy Hood akan sertai PMPL MY/SG SEASON 4!

Next Post

Pengembangan Total War Saga: Troy Mythos nampaknya akan datang 2 September ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pengembangan Total War Saga: Troy Mythos nampaknya akan datang 2 September ini!

Pengembangan Total War Saga: Troy Mythos nampaknya akan datang 2 September ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd