Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Memperkenalkan Black Frieza, transformasi terkuat dalam Dragon Ball mengalahkan Goku/Vegeta

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2022 - Updated on August 23, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Memperkenalkan Black Frieza, transformasi terkuat dalam Dragon Ball mengalahkan Goku/Vegeta
Share on FacebookShare on Twitter

AMARAN! SPOILER UNTUK DRAGON BALL SUPER BAB 87

Dragon Ball Super telah mengakhiri Granolah The Survivor Arc, yang menyaksikan Granolah dan Gas menggunakan dragon ball daripada Planet Cereal untuk menjadi pahlawan paling kuat di Universe 7. Walau bagaimanapun, manga bab 87 mendedahkan bahawa mereka berdua bukanlah individu paling kuat, sebaliknya gelaran itu sebenarnya wajar diberikan kepada Frieza kerana transformasi “Black Frieza” yang diperoleh selepas dia menghabiskan tempoh kira-kira 10 tahun berlatih dalam “Room of Spirit and Time” aka Hyperbolic Time Chamber.

Sepanjang Granolah arc, keluarga Heeters telah membuktikan kehebatan mereka selepas penjahat Gas berjaya menjadi makhluk paling terkuat di alam semesta. Walaupun dia dapat menewaskan Goku, Vegeta, dan Granolah, penjahat itu dengan mudah telah dibunuh oleh Frieza. Tanpa membuang masa, Frieza pun membunuh abangnya, Elec, yang merupakan dalang sebenar.

Selepas itu, Frieza kemudian berdepan dengan Ultra Instinct Goku dan Ultra Ego Vegeta, transformasi paling kuat untuk dua hero tersebut. Namun, transformasi Black Frieza terbukti jauh lebih kuat daripada Ultra Instinct dan Ultra Ego kerana Frieza dapat mengalahkan kedua-dua protagonis kita hanya dengan satu pukulan. Frieza kemudian membuat keputusan untuk membiarkan mereka hidup dan kata bahawa tujuan sebenarnya ke Planet Cereal bukanlah untuk membunuh duo itu.

Jadi mengapa Gas dan Granolah tidak dapat mengatasi Frieza sedangkan mereka membuat hajat untuk menjadi pahlawan paling kuat di alam semesta? Seperti yang dijelaskan oleh Frieza, apabila Gas dan Granolah membuat hajat, dia berada di Room of Spirit and Time (Hyperbolic Time Chamber), yang secara teknikal berada di luar sempadan Universe 7. Oleh itu, keinginan mereka untuk menjadi pahlawan terkuat di alam semesta tidak termasuk Frieza yang berlatih di alam berbeza selama 10 tahun.

Memandangkan kita sendiri dapat melihat betapa mudahnya dia mengalahkan Gas, Goku dan Vegeta, amat jelas bahawa Frieza adalah pahlawan terkuat di alam semesta buat masa ini.

Apa pendapat korang tentang Black Frieza? Kemain senang lagi dia kalahkan UI Goku dan Ultra Ego Vegeta. Jom kongsi pendapat korang di ruang komen! Untuk baca segala liputan kami tentang Dragon Ball termasuk berita bab baru, anime dan sebagainya, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black FriezaDragon BallFriezamanga
Previous Post

Review Champions of Chaos & Immortal Empires – DLC terbaru untuk Total Warhammer 3!

Next Post

Yamato tidak akan sertai krew Straw Hat milik Luffy, saga Wano akhirnya tamat dalam One Piece

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Yamato tidak akan sertai krew Straw Hat milik Luffy, saga Wano akhirnya tamat dalam One Piece

Yamato tidak akan sertai krew Straw Hat milik Luffy, saga Wano akhirnya tamat dalam One Piece

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd