Netflix bakal membawa filem live action City Hunter baharu pada bulan ini! Dengan tayangannya semakin menghampiri, kami berpeluang untuk menemu ramah pelakon utama filem iaitu Ryohei Suzuki yang memegang watak protagonis, Ryo Saeba! Tanpa membuang masa berikut adalah hasil temu ramah tersebut. Sebagai peringatan, hasil temu ramah telah disunting supaya mudah difahami.
Apa reaksi anda setelah mengetahui bahawa anda akan memegang watak ikonik daripada siri manga popular? Adakah anda peminat siri City Hunter sebelum memegang watak itu?
Suzuki: Sebenarnya, ia bukanlah tawaran atau sebagainya. Producer tahu tentang minat saya untuk menghasilkan live action City Hunter kerana saya memang peminat besar City Hunter berdekad lamanya.
Jadi mereka menghampiri studio, stesen TV, platform penstriman dan akhirnya Netflix meluluskannya. Dan apabila saya mendengarnya, saya fikir saya akan sangat gembira tentang berita itu. Tetapi apa yang terlintas dalam fikiran saya waktu itu adalah tekanan yang luar biasa. Sebab saya sangat sayang pada IP City Hunter sehingga tidak mahu untuk merosakkannya, jadi saya berada dalam tekanan yang kuat.
Saya sudah tentu gembira pada masa yang sama, tetapi saya perlu membawa cerita hebat ini, sudah tentu kepada peminat lama City Hunter dan juga generasi baharu yang tidak mengetahui apa itu City Hunter. Tetapi saya rasa kami telah lakukan kerja yang baik. Saya rasa setiap generasi daripada seluruh dunia akan nikmati cerita ini.

Jika anda Ryo Saeba sebenar, gadis manakah yang anda akan pilih sebagai pasangan romantik anda?
Suzuki: Jika saya Saeba sebenar? Ada satu pilihan sahaja, Kaori. Dia satu-satunya untuk Ryo Saeba. Tiada pilihan lain. Dia adalah dewi dalam kalangan kita, dalam kalangan peminat.
Bercakap tentang Kaori, dia dan Ryo beransur-ansur membina hubungan yang mesra antara satu sama lain. Bagaimana rasanya bekerja bersama Misato Morita dalam membawa pasangan ini di skrin besar?
Suzuki: Ia adalah satu pengalaman yang hebat. Maksud saya, dia ada bakat istimewa dalam menjiwai wataknya dan dia seorang yang bekerja keras. Dia seorang pelakon yang rajin.
Contoh sebelum babak, dia perlu menggunakan tukul. Dia akan berlatih sepanjang hari dengan tukul itu, cara bagaimana memegang tukul itu. Dan dia bertanya kepada saya caranya, bagaimana untuk lakukan itu ini seperti yang Kaori lakukan. Dia juga berlatih setiap masa di set penggambaran dan saya melihatnya dengan kagum. Apabila penggambaran berlangsung, dia terus masuk watak dan cara dia mempersembahkan dialognya sama seperti pelakon suara original yang mainkan Kaori dalam adaptasi animasi City Hunter. Ia seperti menonton magic.

Boleh ceritakan pengalaman anda dalam melakukan babak aksi dan berapa lama untuk mendapatkan aksi yang betul?
Suzuki: Terima kasih kepada Netflix, kami mempunyai masa yang mencukupi untuk babak-babak aksi. Jadi saya rasa lebih selesa berbanding apa yang saya selalu lakukan dalam filem Jepun biasa. Saya juga mempunyai hubungan yang baik dengan penyelaras aksi. Kami bercakap tentang cara kami membuat koreografi untuk pertarungan dan sebagainya. Kami bercakap tentang cara menyunting urutan aksi dan segala-galanya. Jadi kami mempunyai imej yang sama, visi yang sama untuk urutan aksi, bagaimana Ryo Saeba akan berlawan. Jadi ia tidaklah begitu sukar untuk menghasilkan babak aksi yang baik.
Tetapi satu-satunya perkara yang saya perlu berlatih dengan banyak adalah cara mengendalikan pistol, terutamanya semasa reload. Apabila saya reload pistol, Ryo Saeba perlu reload dengan sangat pantas. Dia lakukannya dengan kepantasan yang sukar dipercayai. Jadi saya perlu berlatih dengan banyak dan perlu memikirkan bagaimana dia reload pistol. Maksud saya, terdapat pelbagai cara untuk reload pistol revolver. Anda boleh reloadnya di sana sini, tetapi dalam filem, anda kadang-kadang perlu reload dalam frame close-up.
Jadi saya perlu reload di sini. Saya perlu berlatih cara untuk reload dengan pantas depan muka saya. Saya berlatih benda ini untuk masa yang lama. Terdapat juga babak di mana saya perlu membuka pistol tanpa melihatnya dalam masa dua saat. Jadi itu juga sukar.

Adakah terdapat bahagian tertentu daripada sikap Ryo yang susah untuk digambarkan kerana perangainya kadang-kadang seperti kartun?
Suzuki: Ryo kadang-kadang menjadi seperti watak kartun, dan ia bukanlah senang bagi pelakon untuk memasukkan watak kartun ke dunia sebenar. Pilihan sentiasa ada apabila anda mainkan watak kartun, di mana anda jadikannya realistik sebaik mungkin. Seperti lakonan realistik seperti live action Marvel yang banyak filem Hollywood lakukan. Terdapat juga pilihan untuk anda kekalkan ekspresi kartun itu dan menjadikkanya live action. Dan kami telah mencubanya. Kami cuba untuk tidak takut untuk menjadikannya seperti kartun.

Jika kami menghilangkan bahagian kartun pada Ryo Saeba, kami akan kehilangan sesuatu yang ikonik pada City Hunter. Jadi kami cuba menghasilkannya lebih dekat dengan animasi dan komik original. Dan saya rasa kami berjaya. Atau beberapa orang rasakannya.
Tetapi untuk live action gaya Jepun, saya rasa ramai penonton terutamanya penonton Asia akan nikmati melihat bangkit dan naik seseorang watak. Terutamanya apabila terdapat jurang yang besar antara dua personalitinya. Jadi dia kadang-kadang dia serius dan seterusnya menjadi sangat lucu. Kedua-dua sisi ini boleh wujud dalam satu watak dalam Ryo Saeba. Jadi kami cuba untuk mewujudkannya dalam live action. Kami cuba untuk paparkan Ryo Saeba yang kelakar dan menarik walaupun dalam adaptasi live action.

Dengan soalan terakhir dijawab, maka berakhirlah sesi temu ramah bersama Ryohei Suzuki, pelakon Ryo Saeba dalam City Hunter Netflix. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa menjawab soalan-soalan kami.
City Hunter bakal ditayangkan melalui Netflix pada 25 April 2024. Jangan lupa untuk melanggan untuk menonton lakonan Suzuki Ryohei, Misato Morita dan ramai lagi dalam filem itu!
Untuk mendapatkan segala berita mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post