Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Memang memuaskan guna The Joker di Mortal Kombat 11! Meh usha review kami!

Tiada kekurangan dan terhibur gunakan Joker!

Nyny.A by Nyny.A
February 10, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
Memang memuaskan guna The Joker di Mortal Kombat 11! Meh usha review kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Menanti dan menanti sejak Disember 2019 setelah The Joker diumumkan oleh NetherRealm Studios bahawa DLC nya akan hadir di Mortal Kombat 11 bermula 28 Januari 2020! Dan teka siapa yang paing teruja bila ketahui mengenainya? Sudah tentulah kami kerana Mortal Kombat telah menjadi salah satu permainan fighting games yang menjadi kegemaran. Nak tak nak bila tahu watak penjahat terkenal dalam dunia DC akan datang ke permainan ini, makin membuak-buak jadinya!

Jadi 28 haribulan yang lalu, kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri setiap ciri-ciri penggerakan Joker didalam Mortal Kombat 11! Tanpa lengahkan masa, inilah peluang anda untuk saksikan review gameplay kami;

Siapakah Si Badut bersama Tongkatnya ini?

Sebagai salah satu pilihan terbaru watak yang boleh digunakan didalam Mortal Kombat 11, si hebat yang menghiburkan hati kami ini adalah antagonis dairi siri Batman yang kembali semula dalam fighting game Netherealm. Watak kegemaran orang ramai ini mempunyai kepelbagaian cara perlawanan dan kesemuanya nampak menghiburkan dan menarik. Aset utamanya dalah tongkatnya dimana ia akan menjadi penggerakan isteimewa untuk menyerang pihak lawan. Aset utamanya adalah tongkatnya dimana ia akan menjadi penggerakan isteimewa untuk menyerang pihak lawan terutama dalam ‘Krushing Blow‘.

Penggerakan serangan biasa yang menggila! 

Mempunyai aksi yang gila-gila sudah semestinya Mortal Kombat, dengan pecah atau letupan segala usus, Joker tidak ketinggalan dengan aksi-aksi tersebut pada pihak lawanya. Joker memiliki senjata khas yang bergerak. Tanpa mengira variasi yang anda mainkan, penting untuk memahami pergerakan khas asasnya dan fungsi umum baranganya.

Yang pertama dalam serangan biasa adalah Senjata api anak patung Batman yang istimewa. Joker akan mengeluarkan anak patung tersebut seperti puppet dengan 3 jenis penggerakan berbeza. Yang pertama, ‘Parry‘ yang memantul serangan semula dari pihak lawan. Yang kedua ‘Batsy-poo‘ tembakan burst dari jarak jauh kearah atas musuh, yang ketiga ‘Batsy-pewpew‘ akan menembak kebawah.

Kita teruskan kepada serangan istimewa yang digelarkan ‘Bird Boy Beatdown‘ yang menggunkan tongkatnya seperti yang pernah hadir dalam siri Injustice. Serangan ni adalah overhead yang memukul langkah khas memaksa pihak lawan anda menghalangnya. Ia menambah lapisan lain ke permainan campuran Joker sambil memberikan kombo yang baik. Langkah itu juga mempunyai Krushing Blow yang kuat yang memerlukan Joker memiliki tiga hubungan semasa perlawanan. Ini akan memaksa lawan anda terduduk menghormati serangan Bird Boy Beatdown anda.

Satu lagi yang menarik perhatian dalam Krushing Blow adalah ‘Grand Entrance‘. Dalam serangan ini walaupun dalam jarak yang jauh dan tendangan anda tidak terkena pada pihak lawan, tongkat Joker akan segera mengenai kepala lawan dan menghasilkan Krushing Blow.

Beralih pada ‘Clown Prince’ satu variasi serangan kombo api dan tendangan pada bahagian tengah lawan anda dan memberi kesakitan sehingga 90% serangan kombo. Sangat kuat dan menyukarkan pihak lawan untuk mengelak.

Serangan kombo seterusnya yang menarik perhatian adalah ‘HarleQuinn of Hate‘! Secara tiba-tiba mengeluarkan satu mayat diatas kerusi tolak dan menggunakanya untuk memukul pihak lawan. Serangan ini memberi kesakitan sehingga 169% diantara bahagian tengah dan atas pihak lawan.

Serangan Istimewa semuanya menghiburkan

Serangan Istimewa ataupun ‘Special Moves‘ sangat menghiburkan untuk digunakan. Yang pertama adalah ‘Jack in the Box‘ yang Joker menendang kotak muziknya kepada pihak lawan untuk serangan bawah. Terdapat juga ‘Amplified’ dimana serangan ‘Jack in the box’ akan meletup pada pihak lawan dan terus sambungkan dengan kombo yang lain.

Serangan kedua dalam Special Moves adalah ‘Getting Lit‘ yang akan memberi serangan ‘Overtime‘ dimana jika pihak lawan berjalan di kawasan api yang dinyalakan Joker akan mendapat hit tersebut. Seterusnya adalah ‘CCDDEGEC‘, hampir serupa dengan ‘Jack in the box’ tetapi dalam serangan atas kepada pihak lawan juga boleh dibawa kepada pihak lawan sambil mengaktifkanya dan meletup.

‘Kapow‘ merupakan serangan istimewa seterusnya yang menyerang lawan dengan menggunakan penumbuk spring dimana ia dapat disambungkan dengan kombo yang menghasilkan ‘Krushing Blow’. Juga terdapat ‘Corpsetrot‘ yang membaling mayat dan meletup di pihak lawan. Juga boleh di ‘Amplified‘ dan terbakar dibawah pihak lawan.

Kemudian diteruskan dengan ‘Jumping Jester‘, sama seperti ‘Jack in the box’ cuma bukan ditendang sebaliknya diletak ketanah dan akan terpelanting kepihak lawan. Diteruskan pula dengan ‘Hostage Hop‘ yang agak lawak, dimana seseorang yang diculik oleh Joker dan diikat bom akan pergi kepihak lawan dan akan meletup setelah Joker mengaktifkan peledaknya.

Dan yang terakhir dalam serangan istimewa Joker adalah ‘Boing‘ dapat digunakan dalam mengelak secara melompat dari pihak lawan dalam jarak dekat dan jauh.

Fatal Blow, Fatality dan Brutality peghhh kejam!

Fatal Blow yang digunakan Joker diberi nama ‘Smile‘ yang anda boleh menekan butang ‘L2 + R2’ untuk mengaktifkan selepas mendapat tandanya di bar dimana ianya juga boleh dibatalkan untuk menyambung kepada kombo. Jika dari jarak yang jauh ianya boleh ditahan sehingga pihak lawan datang dekat dan menghasilkan Fatal Blow yang diakhiri dengan senyuman Joker selepas memusnahkan pihak lawan.

Fatality yang diberi nama ‘Party Pooper‘ dimana Joker akan memberi kek ‘Friendship‘ yang meletup kemudian mengeluarkan machine gun dan menembak pihak lawan. Satu lagi Fatality adalah ‘Pop Goes the Mortal‘ dimana Joker akan menyanyi sambil menyerang pihak lawan dengan kejam.

Brutality buat masa ini kami dah membuka 3 daripadanya, yang pertama adalah ‘The Klassic‘ yang menumbuk lawan dan kepalanya terus tercabut. Kedua ‘Parry‘ yang juga boleh dijadikan Brutality dimana akhirnya pihak lawan diketuk bertubi-tubi menggunakan puppet Batman tersebut. Yang terakhir adalah dari ‘CCDDEGEC‘ dimana akhirnya akan menukarkan kepala pihak lawan dengan ‘Jack in the Box’.

Dan yang selebihnya dalam pek Joker

Seperti watak yang lain, anda boleh menukarkan skin atau variasi Joker mengikut pilihan sendiri. Segala baju, tongkat, topi atau baranganya mempunyai kepelbgaian skin yang boleh dipilih dalam ‘Kustomize Character‘ dan kesemuanya adalah kualiti fesyen yang tinggi!

Sesiapa yang sudah memiliki pek Kombat Joker atau boleh membelinya boleh mendapatkan ‘DC Elseword Pack‘ dimana ianya terdapat pelbagai skin watak seperti ‘Darkess Knight Noob Saibot’, ‘Killer Kork Baraka’ dan ‘Katwoman of Outworld Kitana’.

Kesimpulanya

Jujur kami menyatakan, DLC pek Joker paling memuaskan hati buat masa ini dengan pelbagai variasi serangan yang menghiburkan. Rata-rata pemain pro Mortal Kombat 11 amat berpuas hati dengan DLC ini yang NetheRealms bawakan! Anda nak beli? Kami katakan Ya silalah beli!!

Beli disini Gaiss!!
Mortal Kombat 11
Publisher: Warner Bros. Interactive Entertainment
Developer: NetherRealm Studios
Release Date: 2019-04-23
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Mortal Kombat 11 adalah permainan pertempuran 'Fighting Games' dengan pelbagai pilihan watak dari siri Mortal Kombat dan DLC menarik dari siri-siri WB DC.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

DLC The Joker Mortal Kombat 11

10 Score

Jujur kami menyatakan, DLC pek Joker paling memuaskan hati buat masa ini dengan pelbagai variasi serangan yang menghiburkan. Rata-rata pemain pro Mortal Kombat 11 amat berpuas hati dengan DLC ini yang NetheRealms bawakan! Anda nak beli? Kami katakan Ya silalah beli!!

PROS

  • Pelbagai pilihan serangan untuk digunakan!
  • Kawalan yang mudah untuk dihafal

CONS

  • Terlalu menghiburkan pemain sampai tak patut ada kekurangan pun!

Review Breakdown

  • Fnatik JOKER? Beli weh! 0
Tags: dcDLC THE JOKER MK11JOKER MK11mk11mortal kombat 11Mortal Kombat 11 DLCNetherRealm StudiosWarner Bros. Interactive Entertainment
Previous Post

Telekom Malaysia tidak bersalah dalam isu server UBISOFT!

Next Post

“FighterZ Pass 3” untuk Dragon Ball FighterZ diumumkan! Ianya termasuk Kefla dan Goku Ultra Instinct!!!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
“FighterZ Pass 3” untuk Dragon Ball FighterZ diumumkan! Ianya termasuk Kefla dan Goku Ultra Instinct!!!

“FighterZ Pass 3” untuk Dragon Ball FighterZ diumumkan! Ianya termasuk Kefla dan Goku Ultra Instinct!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd