One Piece mempunyai banyak bos lanun yang menarik lebih-lebih lagi Emperor of the Sea ataupun Yonko. Kalau anda ingin tahu, ada satu mod untuk game Elden Ring telah dihasilkan menggantikan bos-bos dunia itu kepada Yonko daripada One Piece. Jom kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Sebuah video mod Elden Ring telah viral dalam kalangan peminat One Piece yang menunjukkan watak-watak Yonko kegemaran menjadi bos dalam game tersebut. Anda boleh lihat bagaimana rupda mod itu. Dia punya keseraman juga hampir sama seperti bos game itu.
Terdapat tiga bos yang anda boleh tukar dengan Whitebeard, Shanks ataupun Kaido. Visual model untuk ketiga-tiga Yonko itu juga sedikit berbeza daripada anime dan disesuaikan dengan dunia Elden Ring. Jadi memang ngam habis mereka ini beraksi dalam game tersebut.
Mod ini juga membuatkan ramai peminat yang inginkan game One Piece yang mempunyai sistem pertempuran yang sama dengan Elden Ring. Sebab jarang juga game anime yang mempunyai pertempuran yang seronok.

Game One Piece Odyssey yang baru juga sebuah game turn-based RPG. Game mobile-nya juga mempunyai gameplay yang hampir sama dengan game anime lain dan bergantung kepada sistem gacha. Jadi memang tidak pelik mengapa ramai yang teringin game One Piece yang bebas seperti Elden Ring.
Apa pula pendapatanda mengenai mod ini? Agaknya ada pembangun yang akan hasilkan game seperti ini untuk One Piece atau anime lain? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post