Baru sahaja kita mendapat berita tentang penutupan game Mega Man X DiVE pada awal Jun yang lalu, nampaknya Capcom memberi alternatif lain untuk peminat terus menikmati game tersebut. Diumumkan semasa Capcom Showcase, Mega Man X DiVE Offline akan menemui pemain melalui Steam, iOS dan Android! Ia dijadualkan untuk lancar pada 2023.
Buat masa ini, tiada tarikh rasmi untuk pelancaran versi baharu ini. Ada kemungkinan besar ia akan tersedia selepas server Asia ditutup pada September ini.

Kami pasti ramai yang ingin membawa data mereka daripada Mega Man X DiVE ke versi baharu ini. Malangnya, data tersebut tidak boleh dipindahkan ke Mega Man X DiVE Offline.
Bukan setakat itu sahaja, Battle Mode, Co-op, Ranking, Guild, dan Capsule juga tidak tersedia. Kandungan kolaborasi seperti watak dan stage daripada francais Capcom lain juga tidak tersedia dalam game ini.

Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, segala ciri lain daripada game akan kekal untuk dimainkan. Sebagai contoh, Story Mode, Challenge Mode, Event Mode, Weapon & Armor dan DiVE Trigger.
Bermakna anda bersama-sama RiCO dapat ke dunia Deep Log untuk meneruskan penyiasatan tentang bug misteri yang mengganggu data game Mega Man X.

Penutupan servis game Mega Man X DiVE hanya terkesan di negara Asia, yang diterbitkan melalui Capcom Taiwan. Versi global yang diterbitkan oleh Nebulajoy akan masih beroperasi seperti biasa. Jadi kalau anda ada bermain Mega Man X DiVE dengan segala ciri dalam talian, anda boleh memainkan versi oleh Nebulajoy. Anda boleh dapatkan info lebih lanjut mengenai versi Offline game melalui laman web rasmi game.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post