Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mechamato Kini Anime ke-4 Terbaik Mengalahkan Filem Demon Slayer dan SPYxFAMILY! [UPDATE]

Maira by Maira
November 11, 2022 - Updated on December 6, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Mechamato Kini Anime ke-4 Terbaik Mengalahkan Filem Demon Slayer dan SPYxFAMILY! [UPDATE]
Share on FacebookShare on Twitter

Bercerita tentang siri anime popular, mesti anda mempunyai siri-siri tertentu yang menjadi pilihan. Kadang-kadang siap ada undian yang dibuat untuk melihat siri mana yang popular dalam kalangan peminat. Baru-baru ini, ada satu undian yang dibuat untuk Tokyo Anime Awards Festival 2023, nampaknya sebuah siri animasi tempatan berjaya menjadi menduduki tangga 10 teratas. Siri animasi tersebut ialah Mechamato!

[UPDATE]

Tarikh undian untuk Best 100 telah tamat pada 2 Disember lalu dan sebanyak 75,828 undian telah dibuat. Siri animasi Mechamato kekal berada di tangga keempat! Undian seterusnya untuk Anime Fan Award akan bermula pada 6 Januari 2023, jadi jangan lupa undi animasi tempatan kita di laman web rasmi TAAF!

Sumber: TAAF

[Petikan artikel asal]

Mechamato, sebuah siri animasi 3D yang dihasilkan oleh Animonsta telah berjaya mendapat tempat ke-8 daripada 100 karya anime yang lain. Nizam Razak, CEO kepada Monsta telah mengatakan bahawa dia terkejut melihat berita tersebut. Bukan setakat itu sahaja, staf-staf yang terlibat dalam penghasilan Mechamato turut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada siri tersebut.

Mechamato

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, ia mengisahkan tentang Amato dan robotnya, Mechabot yang kini bergabung dalam menentang robot-robot jahat yang membuat huru-hara di Bandar Hilir. Filem animasi Mechamato juga akan ditayangkan pada 8 Disember ini, yang menceritakan detik pertama Amato dan Mechabot berjumpa. Kami pasti anda juga tidak sabar untuk menontonnya nanti. Bolehlah anda ajak kawan-kawan dan keluarga ke pawagam bulan depan.

Kalau anda belum menonton siri Mechamato, ianya tersedia di pelbagai platform penstriman dan juga saluran TV. Antaranya ialah Netflix, HBO GO, Astro Prima, TV9 dan TV3. Di saluran youtube rasmi Monsta juga tersedia secara percuma untuk ditonton, dengan episod baru ditayangkan setiap minggu. Kalau anda menontonnya di Netflix, terdapat alih suara bahasa lain seperti Inggeris, Mandarin, Jepun, Korea dan Thai.

Mechamato

Undian untuk Tokyo Anime Awards Festival 2023 akan berlangsung semula pada 6 Januari 2023. Mungkin selepas ini, Mechamato boleh mengalahkan anime lain dan menjadi pilihan peminat di Jepun. Anda juga jangan lupa untuk memberikan sokongan kepada siri animasi tempatan ini. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Mechamato daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MechamatoTokyo Anime Award Festival
Previous Post

Tawaran khas Black Shark 11.11 – jimat sebanyak RM 1,340!

Next Post

Dragon Age: Absolution akan keluar 9 Disember di Netflix, 6 episod sahaja!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Dragon Age: Absolution akan keluar 9 Disember di Netflix, 6 episod sahaja!

Dragon Age: Absolution akan keluar 9 Disember di Netflix, 6 episod sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd