Selepas sebulan ditayangkan, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini telah mengutip sebanyak RM90 juta di Malaysia, Singapura dan Brunei sekali gus menjadi filem pecah panggung selepas Munafik 2 dan Avengers: End Game.
Dengan kutipan sebanyak RM90 juta, filem Mat Kilau kini telah mengalahkan Munafik 2 yang telah mengutip sebanyak RM48 juta. Bukan itu sahaja, filem terkenal daripada Marvel Avengers: End Game pun turut dikalahkan dengan kutipan sebanyak RM87 juta sekali gus menjadikan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan filem terlaris di Malaysia.

Menurut pengarah filem, Syamsul Yusof, “Saya dan seluruh produksi amat terharu dengan pencapaian terkini. Mengejutkan juga karya ini terus menjadi filem nombor satu dalam carta ‘box office’ mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengetepikan filem besar Hollywood.”
View this post on Instagram
“Sejak filem pertama sehingga sekarang, sokongan penonton tidak berbelah-bahagi. Insya-Allah, moga saya terus diberi ilham untuk pengarahan filem akan datang. Sudah terbukti beberapa kali, jadi karya filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri. Ini harapan baru kepada sinema tempatan dan buat semua anak seni tanah air. Ayuh semua pengkarya filem, kita bersatu demi sama-sama memajukan industri seni Malaysia,” katanya.
“Terima kasih penonton masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan ke semua filem saya sebelumnya. Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. Insya-Allah moga terus diberi ilham untuk filem akan datang,” katanya.

Filem ini telah dibintangi oleh pelakon tanah air sendiri iaitu Adi Putra sebagai Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau, Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, Beto Kusyairi sebagai Wahid, Khir Rahman sebagai Usup, Fattah Amin sebagai Wang dan Johan As’ari sebagai Yassin.
Tidak lupa juga, Datuk Rahim Razali, Nam Ron, Shaharuddin Thambu, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan pelakon aksi daripada Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Buat masa sekarang, hampir semua pawagam masih menayangkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Jadi, Jangan lepaskan peluang untuk pergi pawagam terdekat dengan anda dan menonton filem epik ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai filem, game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post