Siapa tidak kenal dengan pengaasa komuniti e-sukan negara kita, MasterRamen yang juga dikenali sebagai Firdaus Hashim. Dia lah yang menjadi tulang belakang untuk e-sukan dalam Malaysia.
Baru-baru ini, MasterRamen telah membuat catatan di laman Facebooknya, menyatakan dia berada gi ICU Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Dalam catatan itu juga, dia memohon maaf kepada semua rakan dan peminat jika ada salah atau silap yang dilakukan dan meminta doa supaya dia semakin stabil. Anda boleh melihat catatan tersebut di sini.

Kepada yang tidak mengenali MasterRamen, dia merupakan seorang influencer terkenal dalam dunia gaming di Malaysia. Dia akan membuat livestream bermain PUBG mobile dan anda boleh melihat gaya permainannya yang hebat. Dia juga membuat banyak tutorial untuk pemain PUBG mobile yang memberi pelbagai tips untuk menjadi seorang pemain yang hebat. Jadi kepada sesiapa yang teringin menjadi solo conquerer dalam PUBG mobile, anda boleh tonton livestream dan tutorial olehnya. Predator Malaysia juga menjadikannya salah seorang Predator Tribal Guardians bersama-sama streamer lain seperti Ai Gaming, ChuChu Gaming dan Spartanker dalam usaha untuk merapatkan hubungan dengan komuniti gamer di Malaysia. Anda boleh baca mengenai kolaborasi Predator di sini.

Selain itu, dia juga pernah menjadi pengurus untuk atlet e-sukan Malaysia dalam Sukan SEA 2019 dan banyak lagi yang telah dilakukanyya untuk menaikkan nama e-sukan dalam negara ini. Anda boleh membaca temuramah kami bersama MasterRamen untuk melihat perjalanannya dalam mengembangkan komuniti e-sukan di Malaysia.
Kami di Gamer Santai berharap agar MasterRamen akan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Jika anda ingin membaca liputan lain mengenai MasterRamen, anda boleh klik di sini. Kami juga membuat liputan mengenai streamer dan tips untuk anda memulakan live streaming di pelbagai platform.
@gamersantaimy
Discussion about this post