Pernah main Danganronpa? Ada game baru ala-ala Danganronpa akan dilancarkan tahun depan! Game tersebut ialah Master Detective Archives: RAIN CODE. Lebih menarik lagi, game ini sebenarnya dihasilkan oleh pencipta Danganronpa sendiri! Buat sementara ini, Master Detective Archives: RAIN CODE akan tersedia di platform Nintendo Switch.
Pencipta Danganronpa dan pengarah senario, Kazutaka Kodaka akan menulis jalan cerita permainan, Masafumi Takada akan mencipta soundtrack dan Rui Komatsuzaki juga kembali sebagai pereka watak.

Master Detectives vs. Megacorporation
Kota hujan telah diselubungi oleh misteri yang tidak terhitung banyaknya, di bawah kawalan penuh sebuah syarikat mega. Master Detective daripada seluruh dunia, masing-masing memiliki kuasa unik, mesti menghadapi cabaran untuk mendedahkan kebenaran. Dengan Shinigami di sisinya, protagonis, Yuma telah menyertai siasatan sebagai pelatih agensi detektif. Terokai secara bebas di bandar untuk mengumpul bukti dan testimoni.

Selesaikan puzzle di Mystery Labyrinth
Semasa penyiasatan berlangsung, alam yang dikenali sebagai Mystery Labyrinth akan muncul dan mewujudkan jalan ke arah kebenaran. Sebaik sahaja di dalam Labyrinth, misteri yang menyelubungi kes itu akan menjadi gimik dan perangkap, menunggu untuk memerangkap Yuma. Di sini, segala peraturan alam realiti tidak terpakai di sini: selami Mystery Labyrinth yang sentiasa berubah dan memahami kes tersebut.

Tidak sabar untuk menantikan pendedahan lain mengenai game ini. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk dapatkan kemas kini baru game! Untuk segala liputan mengenai permainan, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post