Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Masa untuk memburu raksasa AR di The Witcher: Monster Slayer! Kini tersedia di mobile anda!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 22, 2021
in Android, Artikel, Augmented reality (AR), Berita, Game Baru, Genre, iOS, Mobile, Platform
0 0
0
Masa untuk memburu raksasa AR di The Witcher: Monster Slayer! Kini tersedia di mobile anda!
Share on FacebookShare on Twitter

CD Projekt Red hari ini telah melancarkan game mobile terbaru mereka, iaitu The Witcher: Monster Slayer yang boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna Android dan iOS. Game ini memberikan pemain pengalaman seperti Pokemon Go tetapi ianya berdasarkan siri fantasi abad pertengahan dari The Witcher, dimana anda akan memburu monster serta bermain mengikut cerita. The Witcher: Monster Slayer telah dibangunkan oleh studio Spokko dan menjadi debut mereka dalam teknologi Augmented Reality (AR).

https://www.youtube.com/watch?v=lhtWqIFydfo&ab_channel=TheWitcher%3AMonsterSlayer

Game mobile dengan teknologi AR ini memberikan pemain untuk mengambil peranan sebagai Witcher baru, dan mereka akan menjelajah ke dunia nyata untuk memburu lebih dari 100 monster Witcher. Anda boleh bermain dimana-mana sahaja, tidak kira siang atau malam kerana ada beberapa monster hanya akan muncul di lokasi dan waktu tertentu.

Bagi pemain platform Android, anda bakal menerima Kaer Morhen Steel Sword yang mampu meningkatkan 10% jumlah EXP setiap kali membunuh monster. Pedang ini hanya boleh diperolehi jika pemain mendaftar dan log masuk permainan sebelum 28 Julai sahaja. Jadi, ini adalah peluang anda untuk mengumpul EXP dengan banyak dari pemain lain.

The Witcher: Monster Slayer telah diumumkan seminggu sebelum WitcherCon, dimana acara tersebut dihoskan oleh CD Projekt Red dan Netflix. Acara ini menampilkan beberapa panel interaktif yang terdiri daripada pelakon The Witcher, seperti Henry Cavill, Anya Chalotra, Freya Allan, Mimi M Khayisa, Paul Bullion, Lauren Schmidt Hissrich dan Declan de Barra. WitcherCon turut mempamerkan kandungan pendek khas, selingan muzik, beberapa kejutan eksklusif yang belum pernah dilihat dari siri aksi The Witcher dan anime akan datang.

Anda boleh muat turun The Witcher: Monster Slayer di Apps Store dan Google Play Store pada peranti untuk memburu monster dari dunia Witcher! Untuk membaca segala liputan kami berkaitan The Witcher, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ARCD Projekt RedThe WitcherThe Witcher: Monster Slayer
Previous Post

Sebelum Geralt…Rupanya ada Vesemir! Netflix mendedahkan perincian baru filem anime The Witcher: Nightmare of the Wolf

Next Post

Pokemon Unite kini tersedia secara percuma di Nintendo Switch

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pokemon Unite kini tersedia secara percuma di Nintendo Switch

Pokemon Unite kini tersedia secara percuma di Nintendo Switch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd